Skip to main content

Featured

944/2 EKONOMI KONSEP

BAB 2 : PERAKUNAN PENDAPATAN NEGARA PENDAPATAN NEGARA -Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara dalam tempoh setahun. KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) Jumlah nilai barang akhir dan prekhidmatan yang dikeluarkan di dalam sesbuah negara oleh faktor pengeluaran milik negara atau milik negara asing dalam setahun KELUARAN NEGARA KASAR (KNK) -Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara berada dalam negara dan diluar negara PENDAPATAN FAKTOR BERSIH DARI LUAR NEGARA (PFBLN) -Perbezaan antara nilai penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negara dengan nilai pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara KELUARAN NEGARA BERSIH(KNB) -Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara setelah ditolak susut nilai. KNK NOMINAL -Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dihitung berdasarkan tingkat harga tahun sem

900/1 PENGAJIAN AM ESEI

Fokus Soalan Esei Sem1 #PASem1

#Ciri-ciri cth ciri kempimpinan berkualiti
#Sebab / faktor cth sebab berleluasa jenayah siber
#Kebaikan / Kepentingan / Faedah / manfaat –cth manfaat tadbir urus baik
#Langkah / Usaha / pendekatan / strategi / tindakan – cth langkah menangani jenayah siber
#Halangan /sekatan cth – halangan memperkukuhkan perpaduan
#Kesan Baik cth Kesan baik globalisasi
#Kesan Negatif cth – Kesan negatif teknologi satelit
#Ancaman cth ancaman kepada kedaulatan negara
#Peranan cth peranan kerajaan, peranan pelbagai pihak, peranan NGO

#JenayahSiber
SOALAN(1.)Pelbagai punca dikenal pasti berlakunya jenayah siber.  Oleh itu, langkah-langkah berkesan menangani gejala ini wajar dilaksanakan untuk mewujudkan persekitaran hidup yang selamat.  Huraikan.

A – Punca jenayah siber sukar dibanteras/mudah berlaku

1 Sukar dikenal pasti siapakah penjenayahnya
⬌ satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah susah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana dan dari mana.
⬌ Umur penjenayah siber biasanya adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional
⬌ berkemungkinan kawan kita, mungkin pelajar ataupun profesor atau sesiapa sahaja.
⬌ mereka akan melakukan jenayah siber terhadap institusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu dan biasanya mereka susah untuk ditangkap.

2 Kepentingan ekonomi
⬌ k-ekonomi menjadi begitu penting.  Untuk menjadi sebuah negara maju, Malaysia mengamalkan K-ekonomi yang menggunakan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat.
⬌ Malaysia telah membuka pintu kepada pelabur-pelabur luar bertaraf dunia untuk melabur dalam bidang teknologi maklumat dengan membina Multimedia Super Corridor (MSC)
⬌ Untuk menarik pelabur asing tersebut, Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill of Guarantees) iaitu jaminan tiada penapisan internet.
⬌ hal ini kerana pengguna bebas menggunakan internet termasuklah penjenayah siber

3 Sikap manusia
⬌ sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal
⬌ Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan negatif
⬌ Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu baru mereka pelajari.
⬌ Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam golongan umur 20-an
⬌ golongan remaja ini mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan

4 Berbeza takrifan jenayah
⬌ perbezaan takrifan antara jenayah siber dengan jenayah biasa juga merupakan faktor jenayah siber terus meningkat
⬌ Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengatakan bahawa jenayah siber adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah di mana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya.
⬌ bagi negara-negara Islam, judi, bahan pornografi, dan pengiklanan seks adalah satu jenayah tetapi tidak bagi negara-negara seperti Amerika Syarikat.
⬌ dengan adanya takrifan yang berbeza ini, sukar untuk dikuatkuasakan undang-undang siber
⬌ di Malaysia yang terikat dengan janji tidak menapis internet terpaksa merelakan jenayah ini berlaku.

5 Sikap sesetengah masyarakat
⬌ sikap tamakkan wang ringgit sehingga sanggup menipu untuk mendapatkan hasil yang lumayan
⬌ sebagai contoh jual beli barangan melalui internet di mana barang yang dijual adalah tidak wujud sedangkan pembeli telah ditipu apabila mereka membayar harga barang yang dilanggan menggunakan kad kredit.
⬌ begitu juga banyak orang tertipu dengan kes-kes skim cepat kaya yang ditayangkan di laman web yang tidak berdaftar dan dikelolakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

6 Kepentingan ketenteraan
⬌ dunia tanpa sempadan menjanjikan peluang serta ancaman, kesejahteraan serta kemusnahan, dan keamanan serta peperangan.
⬌ akibat semakin saling berhubungan, maka sistem dan rangkaian maklumat kini terdedah kepada pelbagai ancaman dan mudah diserang.
⬌ peperangan zaman teknologi maklumat bukan sahaja peperangan yang melibatkan kekuatan fizikal ketenteraan sahaja malahan peperangan ilmu pengetahuan
⬌ pihak musuh akan menyerang sistem komputer kita seperti mencuri maklumat dan merosakkan sistem.
⬌ kita juga harus bersedia untuk mempertahankan diri dari serangan penggodam dan situasi ini akan menggalakkan ilmu menceroboh sistem dan merosakkan komputer berkembang
⬌ hal ini akan melahirkan “hacker”.  “Hacker” ini jika disalahgunakan terhadap awam akan menjadi jenayah siber

#Istilah
#Organisasi
Unit Sosial yang dibentuk sebegitu rupa untuk mencapai matlamat tertentu

#Struktur
Unsur seperti fungsi, kuasa, penyelarasan, perhubungan, kawalan dan tanggungjawab yang merupakan rangka asas bagi melaksanakan aktiviti organisasi

#Birokrasi
Cara pentadbiran yang melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan.

#KenaikanHargaBarang
SOALAN(2).Inisiatif kerajaan membendung kenaikan harga barang

1. Memberikan bantuan kewangan 
 Kerajaan memberi bantuan kewangan bagi mengurangkan
bebanan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan
rendah dan sederhana
 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada isi rumah yang
berpendapatan kurang daripada RM3000
 Bantuan awal persekolahan diberi kepada murid sekolah
rendah dan menengah yang kurang berkemampuan
 Baucar Buku diberi kepada murid tingkatan enam dan
mahasiswa di IPTA.

2 Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang
 Kerajaan melalui KPDNKK membuat pemantauan secara
lebih menyeluruh
 Peniaga tidak dibenarkan mengenakan harga barangan
melebihi daripada harga yang sepatutnya/harga siling
 Peniaga diwajibkan meletakkan tanda harga bagi
mempastikan harga yang ditawarkan mematuhi senarai
harga yang ditetapkan
 Peniaga yang meletakkan harga yang melebihi daripada
harga kawalan dikenakan denda
 Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan
 Lawatan mengejut ke premis perniagaan

3. Memperkenalkan jenama/produk 1Malaysia sebagai alternatif
 Kerajaan menawarkan beberapa produk sebagai alternatif
kepada pengguna dengan harga yang berpatutan.
 Kedai Rakyat 1Malaysia ( KRIM), Kedai Kain 1Malaysia
dan Menu Rakyat 1Malaysia meringankan beban rakyat
kerana harga yang ditawarkan secara relatifnya lebih
murah
 Klinik 1Malaysia menyediakan perkhidmatan kesihatan
yang berkualiti dengan bayaran berpatutan.
 Mengukuhkan peranan Pusat Transformasi Luar Bandar
(RTC).

4. Memperhebatkan program pendidikan pengguna
 Tahap kesedaran dan pengetahuan pengguna dapat
dipertingkatkan melalui program yang disediakan oleh
kerajaan.
 Sebagai contoh, Hari Pengguna dan Kempen Belilah
Barangan Tempatan
 Mesej kerajaan disampaikan melalui pelbagai media
massa

SOALAN(3).Langkah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam 
1 Membangunkan tenaga kerja / modal insan yang berkualiti
2 Menyelaraskan dasar dan polisi jabatan dan agensi kerajaan
3 Mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi
4 Membangunkan budaya kerja yang berkualiti/ inovatif/ kreatif / cekap
5 Meningkatkan persekitaran kerja yang kondusif
6 Meningkatkan imej agensi dan jabatan kerajaan
7 Menentukan KPI dan NKRA tercapai

SOALAN(4.)Peranan Unit Perancang Ekonomi 
1 Menasihati kerajaan mengenai isu-isu ekonomi
2 Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan ekonomi
3 Menyelaras penglibatan Malaysia dalam Pembangunan Pertumbuhan Segitiga
Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan
4 Menguruskan bantuan teknik dan kewangan daripada kerajaan asing dan institut antarabangsa
5 Menggubal dan melaksana dasar-dasar dan garis panduan pelaburan asing
6 Menguruskan kemudahan pihak berkepentingan melalui peranan sebagai urusetia bagi MaEkonomi dan Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN )
7 Memulakan dan penyelidikan ekonomi untuk lima tahun
8 Merancang, menyelaras, menyelidik dan menilai pencapaian program penswastaan
9 Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan
10 Menimbang dan memperakukan  cadangan penyusunan semula ekuiti syarikat selaras dengan penyusunan semula ekuiti korporat

#KenaikanHargaBarang
SOALAN(5)Punca kenaikan harga barang
1 Kenaikan harga minyak/ petrol 
 harga minyak meningkat secara mendadak di pasaran
antarabangsa dan memberi kesan kepada harga minyak
tempatan
 kenaikan harga minyak menyebabkan kos pengeluaran
meningkat.
 Kenaikan harga minyak/ petrol menyumbang kepada
kenaikan kos pengeluaran, pengangkutan serta
pemasaran meningkat di semua peringkat.
 peniaga memindahkan kenaikan kos kepada pembeli
untuk mengekalkan margin keuntungan

2 Kebergantungan kepada sumber import
 kenaikan harga barang juga berpunca daripada terlalu
bergantung kepada barangan import
 bahan makanan seperti sayur, buah-buahan, daging
terlalu bergantung dari luar
 kejatuhan nilai ringgit/ Kenaikan dolar Amerika
menyebabkan harga barang import meningkat
 jika bencana alam di Negara pengeksport, akan berlaku
kenaikan harga barangan import dan pengguna terpaksa
membayar lebih

3 Sikap tamak peniaga 
 Terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatan
dengan menaikkan harga barangan apabila permintaan
meningkat terutamanya pada musim perayaan
 Terdapat juga peniaga yang memonopoli sesuatu
barangan dengan cara mengurangkan pengeluaran supaya
harga barangan dapat ditingkatkan
 Terdapat peniaga yang menyimpan stok barangan dan
pengeluaran untuk menaikkan harga barangan
 Sikap tamak peniaga yang ingin mengekalkan
keuntungan dengan menaikkan harga apabila kos
pengeluaran meningkat

4 Pengurangan subsidi 
 Kerajaan memberi subsidi bagi membantu rakyat
 Subsidi diselaraskan bagi mengurangkan perbelanjaan
kerajaan dan meningkatkan pengeluaran negara
 Hal ini menyebabkan harga barang tertentu seperti
minyak meningkat
 Sebagai contoh, pengurangan subsidi terhadap barang
keperluan asas seperti gula, tepung, minyak

5 Kelemahan penguatkuasaan undang-undang
 Jumlah penguatkuasa yang kurang menyukarkan kerja
pemantauan.
 Perbuatan menyorok barang dengan tujuan menaikkan
harga masih berlaku.
 Penyelewengan terhadap barang kawalan masih berlaku.

SOALAN(6)Jelaskan dua jenis Rang undang-undang yang terdapat di Parlimen Malaysia. 
1 Rang undang-undang Awam/ Kerajaan 
Undang-undang berkait dasar awam, negara dan
rakyat
2 Rang undang-undang Persendirian 
Undang-undang yang melibatkan rakyat,
pertubuhan, persatuan atau perbadanan
3 Rang undang- undang Ahli Persendirian 
Rang undang-undang yang dibawa oleh ahli
parlimen bukan pihak kerajaan
4 Rang undang-undang Hibrid 
Dibawa oleh ahli kerajaan atau bukan kerajaan
yang berkepentingan

SOALAN(7)Cabaran dan langkah untuk mewujudkan negara maju pada tahun 2020
 A) Cabaran
1.Kewangan:
-Kekurangan modal 
- Nilai mata wang turun naik/spekulasi
2.Pelaburan:
 - Kejatuhan pasaran saham
 - Pelabur berpindah ke negara lain
 - Masalah menarik pelabur asing
3.Teknologi:
 -Teknologi masih rendah
- Masih bergantung kepada teknologi luar 
4.Globalisasi:
- Pengiktirafan oleh negara-negara maju
- Persaingan dengan negara maju
- Salah guna laman sesawang
5.Pasaran:
- Menembusi pasaran antarabangsa
- Pasaran terhad
- Tekanan/sekatan negara maju
6.Tenaga kerja:
- Kurang mahir 
- Bergantung kepada negara luar 
- Kurang pengetahuan
7.Gejala sosial:
- Keruntuhan ahklak
- Dadah
 - Nilai-nilai kemanusiaan pudar 
B) Langkah
- Penguasaan ilmu
- Menjadi hubungan pendidikan
- Mengubahsuai kurikulum utk keperluan semasa
- nPendidikan sepanjang hayat
- Melahirkan modal insan berdaya saing
- Pendidikan maya
- Pendidikan ke luar negara
- Kemahiran
- Penguasaan ICT
- Memperkukuhkan perpaduan rakyat
- Meneroka teknologi baru
- Meningkatkan R&D
- Memastikan Wawasan 2020 dicapai
- Meneruskan dasar ekonomi baru
- Meningkatkan mutu pendidikan
- Memperkukuhkan peranan negara sebagai hub halal
- Meneroka pasaran baru
- Menjadikan minda rakyat kelas pertama
- Menjadi pusat kecemerlangan ilmu

#TransformasiPerkhidmatanAwam
SOALAN(8) Rasional pelaksanaan transformasi

1.Menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti
• Wujud rungutan rakyat tentang mutu perkhidmatan, kepantasan perkhidmatan dan seumpamanya
• Menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan memuaskan hati pelanggan
• Menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan memuaskan hati pelanggan
• Menyediakan standard operasi (SOP) yang mesra pelanggan seperti manual prosedur kerja yang jelas
• Mengurangkan karenah birokrasi dan sistem menunggu yang pendek untuk menyelesaikan urusan rakyat

2.Membentuk sikap positif  kakitangan awam
• Terdapat rungutan pengguna terhadap gelagat kakitangan awam yang tidak cekap dan tidak mesra
• Transformasi perkhidmatan awam akan membentuk semula sikap kakitangan awam terhadap bidang tugas
• Memperkasa latihan kepadakakitangan awam sama ada latihan ilmu dan latihan ICT
• Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan serta menunjukkan integriti dalam perkhidmatan 
• Memendekkan tempoh masa meluluskan suatu permohonan pengguna kepada agensi kerajaan dan membuat keputusan yang adil terhadap keputusan perniagaan seperti pembelian kontrak dan perolehan

3. Meningkatkan imej kerajaan
• Terdapat segelintir kakitangan awam yang bertindak mencemarkan imej perkhidmatan kerajaan dengan mengambil rasuah
• Transformasi kerajaan kepada sumber manusia dan teknologi serta prosedur kerja dalam sistem perkhidmatan dan penyampaian awam akan meningkatkan kecekapan 
• Perkhidmatan yang baik akan dapat mewujudkan hubungan antara kerajaan dengan orang ramai. Konflik komunikasi antara rakyat dengan kerajaan boleh diatasi. Sekaligus meningkatkan imej kerajaan
• Laporan Jawatankuasa Pemantau Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2010 di bawah Jabatan Perdana Menteri berdasarkan maklum balas rakyat menunjukkan bahawa GTP berjaya mencapai sasaran hebat.

4. Meningkatkan pendapatan negara
• Ada dakwaan berlaku pembaziran dalam perkhidmatan awam
• Transformasi perkhidmatan awam menggariskan prinsip nilai untuk wang kepada kakitangan awam 
• Semakin cekap kakitangan awam, bermakna semakin banyak produktiviti dihasilkan. Misalnya, semakin cekap seseorang maka akan semakin bertambahlah pendapatan negara
• Selain itu, dapat mengelakkan pembaziran sumber kewangan untuk menggaji kakitangan awam yang tidak kompeten.

#TransformasiPerkhidmatanAwam
 Langkah memperkasakan perkhidmatan awam
SOALAN(9) Sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan dapat ditingkatkan dengan perlbagai cara.Bincangkan

1. Menyediakan latihan atau kompetensi
• Bahagian sumber manusia perlu menyediakan latihan berterusan 
• Suruhanjaya Perkhidmatan hanya mengambil kakitangan yang berkualiti 
• Menyediakan modul latihan berasaskan sistem ICT yang terkini
• Program pertukaran kakitangan awam dari suatu unit ke suatu unit boleh meningkatkan prestasi dan mengelakkan sindrom selesa

2. Membudayakan kreativiti dan inovasi dalam kakitangan
• Agar kakitangan awam berfikiran kritis dan konstruktif dalam penyelesaian urusan orang awam
• Membudayakan percambahan fikiran dalam kakitangan awam dalam usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan 
• Agensi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan ( MAMPU) perlu sentiasa menyelaraskan tanggungjawab dengan semua agensi lain yang terlibat untuk membudayakan kreativiti dan inovasi
• Agar kakitangan awam berfikiran kritis dan konstruktif dalam penyelesaian urusan orang awam
• Membudayakan percambahan fikiran dalam kakitangan awam dalam usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan 
• Agensi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan ( MAMPU) perlu sentiasa menyelaraskan tanggungjawab dengan semua agensi lain yang terlibat untuk membudayakan kreativiti dan inovasi

3. Meningkatkan kebajikan pejawat awam
Meningkatkan kebajikan pejawat awam
• Selaras dengam matlamat menjadikan penduduk tempatan berpendapatan tinggi, kebajikan kakitangan awam turut deberikan perhatian 
• Menyemak semula tangga gaji dan kemudahan perkhidmatan kakitangan awam agar dapat memberikan motivasi bekerja
• Contohnya jadual waktu anjal, tempoh bekerja doktor muda/pegawai perubatan telah disusun semula dari 14 jam sehari kepada 8-9 jam sehari agar dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti

4. Penguatkuasaan undang-undang atau peraturan/pekeliling perkhidmatan
• Tindakan disiplin atau tatatertib terhadap kakitangan yang culas, lemah dan ingkar perlu dilaksanakan oleh suruhanjaya yang berkaitan
• Tindakan ini penting untuk menjadi satu kaedah pemisah bagi pegawai yang berprestasi atau tidak kompetitif
• Penguatkuasaan ini perlu dibuat secara teratur mengikut proses undang-undang

5. Penggunaan ICT
• Untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan atau mewujudkan kerajaan tanpa kertas
• Menyediakan perkhidmatan dalam talian. Semua jabatan kerajaan telah menyediakan laman portal masing-masing
• Hampir kebanyakan urusan pengguna boleh diselesaikan melalui laman web sahaja
• Hasrat kerajaan untuk menjadi ‘kerajaan tanpa kertas’ dapat dicapai
• Rakyat akan berpuas hati dengan perkhidmatan kerajaan

Kepentingan transformasi dalam perkhidmatan awam 

1.Menyediakan perkhidmatan awam berkualiti 
• Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, keselesaan,   kecekapan kepada rakyat.
• Menyediakan standard operasi (SOP) yang mesra pelanggan   seperti prosedur kerja yang jelas.
• Mengurangkan karenah birokrasi dan mewujudkan  sistem   menunggu yang singkat.
• Mengutamakan pelanggan/memudahkan pengurusan
• Telus dan bertanggung jawab terhadap tindakan yang diambil
• Penggunaan teknologi komunikasi

2.Membentuk sikap positif kakitangan awam
• Terdapat rungutan orang ramai berkaitan penjawat awam yang tidak cekap dan tidak mesra.
• Tranformasi ini akan membentuk semula sikap penjawat awam  terhadap tugas mereka.
• Memperkasa latihan; ilmu, ICT dan kemahiran
• Mementingkan kepantasan dan berintegriti.
• Mempunyai disiplin diri yang unggul/telus dan bertanggung jawab
• Tahap moraliti yang tinggi/pemikiran kritis dan kreatif terutama dalam menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi

3.Meningkatkan imej kerajaan
• Meningkatkan kecekapan melalui tranformasi kepada sumber  manusia, teknologi dan prosedur kerja dalam sistem dan penyampaian.
• Mewujudkan hubungan baik antara kerajaan dengan orang  ramai.
• Laporan Jawatankuasa pemantau menunjukkan bahawa GTP   berjaya mencapai sasaran hebat.
• Tingkat keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan awam sangat tinggi

4.Menjimatkan perbelanjaan kerajaan
• Mengelakkan pembaziran/ketirisan
• Menggariskan prinsip nilai untuk wang kepada kakitangan  awam.
• Semakin cekap kakitangan awam bermakna semakin banyak  produktiviti dihasilkan.
• Penggunaan sumber secara  optimum
• Perbelanjaan berhemat
• Menyediakan perancangan awal/bajet bagi setiap program yang akan dilaksanakan

5.Memperkasa daya Saing negara/memajukan ekonomi negara
• Sekiranya tiada tindakan segera untuk meningkatkan
kompetensi dan produktiviti pekerja, negara akan kehilangan daya saingannya. 
• Oleh iu, kapasiti inovasi melalui pembangunan bakat dan kepakaran perlu dipertingkatkan

SOALAN(10)
Pencemaran sungai adalah satu isu alam sekitar yang telah memberi kesan serius kepada negara. Oleh itu, usaha yang lebih agresif perlu dilakukan bagi menangani masalah pencemaran ini.  Bincangkan

KESAN
1.Kualiti sumber air bersih berkurang
2.Kemusnahan hidupan akuatik

LANGKAH 
1.Memperkenalkan pendidikan alam sekitar
2.Kempen
3.Mmemperkasakan undang-undang

SOALAN(11)
Kemajuan dalam bidang perindustrian memang menjadi keperluan negara. Walaubagaimanapun,sektor ini menghadapi cabaran tertentu yang  boleh menjejaskan pembangunan negara pada masa hadapan. Jelaskan.

KEBAIKAN
1.Meningkatkan pendapatan negara
2.Meningkatkan perkapita KDNK negara
3.Mewujudkan peluang pekerjaan
4.Pemindahan teknologi dan kepakaran
5.Melahirkan lebih ramai usahawan tempatan
6.Memenuhi keperluan rakyat
7.Pembangunan ekonomi

CABARAN 
1.Kekurangan modal
2.Teknologi rendah
3.Kemahiran terhad
4.Kekurangan sumber bahan mentah
5.Kekurangan buruh
6.Pemindahan keluar pelabur asing
7.Persaingan globalisasi dan liberalisasi
8.Kadar upah rendah.

SOALAN(12)
Budaya berhutang dalam kalangan masyarakat semakin serius. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif bagi menangani masalah tersebut. Bincangkan.

PUNCA
1.Gaya hidup mewah
2.Kemiskinan
3.Pendapatan isi rumah yang kurang
4.Tahap pengurusan kewangan yang lemah
5.Kos sara hiduo yang tinggi
6.Pengetahuan kewangan yang lemah

LANGKAH
1.Bantuan kewangan kepada golongan miskin
2.Meningkatkan kesedaran keburukan berhutang
3.Perancangan kewangan
4.Khidmat nasihat

SOALAN(13)
Penyalahgunaan dadah sintenik dalam kalangan remaja mengundang pelbagai kesan namun, pelbagai kekangan di hadapi oleh kerajaan untuk membanteras gejala ini. Bincangkan.

KESAN
1.Kesihatan terjejas
2.Keruntuhan akhlak
3.Meningkatkan masalah sosial
4.Imej negara tercalar
5.Mengurangkan sumber tenaga kerja
6.Meningkatkan kos tanggungan kerajaan

CABARAN
1.Penyeludupan dadah
2.Jenayah rentas sempadan

SOALAN(14)
Tahap pendidikan yang rendah bukanlah faktor utama golongan miskin bandar semakin meningkat saban tahun. Bincangkan.

FAKTOR
1.Tahap pendidikan rendah
2.Kos sara hidup yang meningkat
3.Peluang pekerjaan terhad
4.Sikap negatif
5.Kelemahan program basmi kemiskinan

SOALAN(15)
Amalan membiarkan anak-anak kecil menggunakan gajet tanpa pengawasan merupakan satu tindakan yang tidak wajar. Bincangkan kesan terhadap anak-anak kecil terhadap.

KESAN
1.Kesihatan terjejas
2.Kurang aktiviti fizikal
3.Komunikasi terbatas
4.Hubungan kekeluargaan kurang
5.Ketagihan gajet teknologi
6.Keperluan biologi terganggu
7.Terdedah dengan unsur-unsur negatif

SOALAN(16)
Sektor pelancongan merupakan sektor yang banyak memberi sumbangan kepada pendapatan negara. Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh sektor pelancongan dan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memajukan sektor tersebut.

CABARAN
1.Meningkatkan pencemaran alam sekitar
2.Perubahan cuaca/iklim
3.Melindungi keselamatan pelancong
4.Ancaman wabak penyakit

LANGKAH
1.Memberi bantuan subsidi
2.Meningkatkan penjagaan keindahan alam sekitar
3.Meningkatkan perkhidmatan
4.Meningkatkan prasarana pelancongan
5.Meningkatkan keselamatan pelancong

SOALAN(17)
Perpaduan membawa kepentingan kepada masyarakat dan negara.Huraikan.

KEPENTINGAN
1.Meningkatkan kestabilan politik
2.Memantapkan semangat patriotik
3.Menarik kedatangan pelancong
4.Membangunkan ekonomi negara
5.Meningkatkan imej negara
6.Mewujudkan masyarakat yang harmoni


Comments

Popular Posts