Featured

944/2 EKONOMI KONSEP


BAB 2 : PERAKUNAN PENDAPATAN NEGARA

PENDAPATAN NEGARA
-Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara dalam tempoh setahun.

KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK)
Jumlah nilai barang akhir dan prekhidmatan yang dikeluarkan di dalam sesbuah negara oleh faktor pengeluaran milik negara atau milik negara asing dalam setahun

KELUARAN NEGARA KASAR (KNK)
-Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara berada dalam negara dan diluar negara

PENDAPATAN FAKTOR BERSIH DARI LUAR NEGARA (PFBLN)
-Perbezaan antara nilai penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negara dengan nilai pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara

KELUARAN NEGARA BERSIH(KNB)
-Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara setelah ditolak susut nilai.

KNK NOMINAL
-Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dihitung berdasarkan tingkat harga tahun semasa

KNK BENAR
-Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihitung berdasarkan tingkat harga tahun asas iaitu harga tetap.

KDNK/KDNK PERKAPITA
-Pendapatan purata bagi setiap penduduk.

KNK/KDNK BENAR PERKAPITA
-Pendapatan benar purata bagi setiap penduduk.

KAEDAH PERBELANJAAN
-Menjumlahkan perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan oleh semua sektor pengguna

KAEDAH KELUARAN
-Menjumlah nilai ditambah yang diwujudkan terhadap keluaran yang dihasilkan oleh pelbagai sektor pengeluaran (atau nilai akhir semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan)

NILAI DITAMBAH
-Tambahan nilai yang wujud terhadap barang dan perkhidmatan setelah melalui proses pengeluaran
-Dihitung bagi mengelakkan penghitungan dua kali untuk barang perantaraan atau barang separuh siap.

KAEDAH PENDAPATAN
-Menjumlah nilai pendapatan yang diperoleh semua faktor pengeluaran yang terlibat dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan iaitu faktor pengeluaran yang produktif.

BAB 3 : KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA DAN DASAR FISKAL

PERBELANJAAN AGREGAT
-Jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh semua golongan pengguna bagi semua sektor ekonomi.

PELABURAN AUTONOMI
-Pelaburan yang tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara.

PELABURAN TERARUH/TERDORONG/TERANGSANG
-Pelaburan yang dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara.

PERMINTAAN AGREGAT (AD)
-Tingkat perbelanjaan benar yang dilakukan oleh ekonomi pada pelbagai tingkat harga.

PENAWARAN AGREGAT (AS)
-Tingkat output yang akan dihasilkan oleh ekonomi pada pelbagai tingkat harga.

PENAWARAN WANG
-Jumlah mata wang dalam edaran dan semua jenis simpanan di institusi kewangan yan terdapat di dalam negara.

BAB 4 : WANG, BAK DN DASAR KEWANGAN

PROSES PENCIPTAAN KREDIT
-Kuasa bank perdagangan mencipta wang dengan meningkatkan kuasa beli melalui pemberian pinjaman kepada orang ramai.

TUJUAN URUS NIAGA
-Permintaan wang untuk membeli barangan yang diperlukan, iaitu membuat perbelanjaan harian.

TUJUAN AWASAN
-Pemintaan wang untuk menghadapi keadaan kecemasan pada masa depan yang sukar diramalkan.

TUJUAN SPEKULASI
-Permintaan wang untuk membeli bon bagi mendapatkan keuntungan. Bon dibeli pada harga bon rendah dan dijual pada harga bon tinggi.

DASAR KEWANGAN
-Langkah kerajaan dalam menstabilkan ekonomi negara melalui perubahan penawaran wang dan kadar bunga

BAB 5 : PERDAGANGAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA

PERDAGANGAN ANTARABANGSA
-Urus niaga yang dijalankan antara sesebuah negara dengan negara lain. iaitu kegiatan eksport dan import antara negara.

FAEDAH MUTLAK
-Keuntungan yang diperoleh apabila sesebuah negara mengkhusus dalam pengeluaran barang yang dapat dihasilkan dengan lebih cekap berbanding dengan negara lain.

FAEDAH BERBANDING
-Keuntungan yang diperoleh apabila sesebuah negara mengkhusus dalam pengeluaran barang yang harga relatif, iaitu kos lepasnya lebih rendah berbanding dengan negara lain.

ALAT SEKATAN PERDAGANGAN
1.TARIF
2.KUOTA
3.EMBARGO
4.KAWALAN PERTUKARAN ASING
5.PIAWAIAN TERTENTU ATAS BARANG IMPORT

TUJUAN SEKATAN PERDAGANGAN
1.MELINDUNGI INDUSTRI MUDA
2.MELINDUNGI INDUSTRI PENTING.
3.MENGATASI IMBANGAN PEMBAYARAN DEFISIT
4.MENINGKATKAN GUNA TENAGA
5.MEMPELBAGAIKAN EKONOMI
6.MENGELAKKAN LAMBAKAN
7.MENYEKAT KEMASUKAN BARANG YANG BERBAHAYA

FAKTOR PERUBAHAN KADAR PERTUKARAN ASING
1.PERUBAHAN HARGA EKPORT DAN IMPORT
2.PERUBAHAN CITA RASA MASYARAKAT
3.PERUBAHAN TINGKAT HARGA UMUM
4.DASAR KERAJAAN
5.PERTUMBUHAN EKONOMI

LANGKAH MENGATASI MASALAH IMBANGAN PEMBAYARAN KURANGAN
1.DASAR MENGGALAKKAN EKSPORT
2.DASAR MENYEKAT IMPORT
3.MENARIK PELABURAN ASING
4.MENAIKKAN KADAR BUNGA
5.DASAR DEFLASI
6.DASAR DEVALUASI





Comments

Popular Posts