Skip to main content

Featured

944/2 EKONOMI KONSEP

BAB 2 : PERAKUNAN PENDAPATAN NEGARA PENDAPATAN NEGARA -Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara dalam tempoh setahun. KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) Jumlah nilai barang akhir dan prekhidmatan yang dikeluarkan di dalam sesbuah negara oleh faktor pengeluaran milik negara atau milik negara asing dalam setahun KELUARAN NEGARA KASAR (KNK) -Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara berada dalam negara dan diluar negara PENDAPATAN FAKTOR BERSIH DARI LUAR NEGARA (PFBLN) -Perbezaan antara nilai penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negara dengan nilai pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara KELUARAN NEGARA BERSIH(KNB) -Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara setelah ditolak susut nilai. KNK NOMINAL -Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dihitung berdasarkan tingkat harga tahun sem

944/3 EKONOMI SOALAN

Fokus "A" STPM EKO 3 (2019)
BAB 1 : Pengangguran, Guna Tenaga dan Upah

SOALAN 1
(1)Permintaan agregat yang semakin merosot menyebabkan firman terpaksa mengurangkan tingkat pengeluaran. la juga berlaku ekoran ekonomi global yang tidak menentu. Kesannya, keuntungan firma semakin merosot dan terpaksa memberhentikan pekerja.

Berdasarkan pernyataan di atas
a) i) Nyatakan situasi ekonomi yang berlaku

Jawapan : Ekonomi mengalami kemelesetan

    ii)Nyatakan jenis pengangguran yang terlibat

Jawapan : Pengangguran kitaran

b)Terangkan dua langkah dasar fiskal bagi mengurangkan jenis pengangguran di atas

Jawapan
1) Meningkatkan perbelanjaan kerajaan
Apabila perbelanjaan di tingkatkan maka perbelanjaan agregat meningkat, maka firma akan meningkatkan pengeluaran, dan peluang pekerjaan akan meningkat ,masalah pengangguran dapat diatasi.

2) Menurunkan cukai
A/p cukai diturunkan pendapatan boleh guna akan meningkat , maka perbelanjaan agregat akan meningkat, firma akan meningkatkan pengeluaran, dan peluang pekerjaan akan meningkat.

Soalan 2
2. a i) Apakah yang dimaksudkan dengan pengangguran?

Pengangguran ialah tenaga buruh yang aktif mencari pekerjaan tetapi masih belum mendapat pekerjaan

ii) Bagaimanakah kadar pengangguran diukur

Kadar pengangguran = J.Tenaga buruh - J.guna tenaga   x100
                                                  J.Tenaga buruh

b) Terangkan dua perbezaan antara pengangguran kitaran dengan pengangguran geseran

1.PUNCA BERLAKU PENGANGGURAN
-Pengangguran kitaran berlaku disebabkan perbelanjaan agregat menurun yang menyebabkan firma mengurangkan pengeluaran dan seterusnya mengurangkan tenaga pekerja
manakala
pengangguran geseran disebabkan buruh berhenti bekerja buat sementara waktu untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

2.JANGKA MASA PENGANGGURAN
-Pengangguran kitaran berlaku dalam jangka masa panjang manakala pengangguran geseran berlaku dalam jangka masa pendek.

3.SITUASI EKONOMI
-Pengangguran kitaran berlaku dalam keadaan ekonomi mengalami kemelesetan manakala pengangguran geseran berlaku dalam keadaan ekonomi melambung

SOALAN 3
(3) Terangkan tiga kesan negatif pengangguran kitaran kepada ekonomi malaysia.

1.PERTUMBUHAN EKONOMI MELESET
-Pengangguran kitaran menyebabkan kegiatan ekonomi menjadi perlahan dan permintaan agregat menurun. Kesannya produktiviti pengeluaran akan menurun dan seterusnya pertumbuhan ekonomi akan menurun.

2.PEMBAZIRAN FAKTOR PENGELUARAN
-Pengangguran kitaran menyebabkan faktor pengeluaran tidak digunakan dengan maksimum. Pembaziran sumber khususnya sumber manusia akan meningkatkan kos latihan untuk meningkatkan kemahiran buruh sedia ada.

3.TARAF HIDUP RAKYAT AKAN MEROSOT
-Pengangguran kitaran akan menurunkan pendapatan negara
-Kesannya pendapatan perkapita menurun dan taraf hidup rakyat juga menurun.

4.HASIL KERAJAAN
-Pengangguran kitaran akan menyebabkan pendapatan perkapita rakyat dan keuntungan syarikat menurun.
-kesannya hasil negara melalui kutipan cukai akan menurun.

________________________________________________________________________________


BAB 2 : INFLASI DAN KOS SARA HIDUP

SOALAN 1
Satu daripada dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menstabilkan ekonomi adalah dengan mengubah penawaran wang dan kadar bunga.

a)Berdasarkan pernyataan diatas, nyatakan dasar kerajaan tersebut

Jawapan : dasar kewangan

b) Berdasarkan jawapan anda pada (a) , jelaskan bagaimana dasar tersebut boleh digunakan untuk mengawal inflasi.

1)MENGURANGKAN PENAWARAN WANG
-Penawaran wang yang sedikit dalam ekonomi akan menyebabkan kadar bunga tinggi.
-kesannya, tingkat pelaburan dan perbelanjaan agregat akan berkurang.
-Pendapatan negara dan permintaan agregat akan menurun

2)MENINGKATKAN KADAR BUNGA
A/p kadar bunga ditingkatkan, kos pembayaran balik pinjaman akan meningkat.
kesannya tingkat pelaburan dan perbelanjaan agregat akan berkurang
Pendapatan negara dan permintaan agregat akan menurun.

SOALAN 2

a)Apakah yang dimaksudkan dengan indeks Harga Pengguna

Indeks harga pengguna bermaksud ukuran perubahan harga purata sekumpulan barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh isi rumah pada harga semasa berbanding dengan tahun asas.

b)Jelaskan hubungan antara indeks Harga Pengguna dengan kadar inflasi

Hubungan antara indeks harga pengguna dengan kadar inflasi adalah positif , semakin indeks harga pengguna naik, semakin kadar inflasi naik.

c) Terangkan kesan kenaikan indeks harga pengguna kepada :-

i)Kos sara hidup
-Semakin tinggi IHP, semakin tinggi kadar inflasi. ini akan menyebabkan harga barang dan perkhidmatan meningkat.
-Perbelanjaan untuk membeli barang dan perkhidmatan meningkat
-Kesannya, kos sara hidup meningkat

ii) Taraf hidup
-Semakin tinggi IHP, semakin tinggi kadar inflasi. Ini akan menyebabkan harga barang dan perkhidmatan meningkat.
-Kuasa beli akan berkurang, kesannya taraf hidup akan berkurang.

SOALAN 3
3.Terangkan bagaimana kenaikan kadar inflasi memberi kesan positif kepada aspek yang berikut :-

a)Pertumbuhan ekonomi negara
-Jika ekonomi belum mencapai guna tenaga penuh , kenaikan kadar inflasi akan meningkatkan aktiviti ekonomi.
-Semasa inflasi permintaan agregat meningkat.
-Kesannya pertumbuhan ekonomi akan meningkat

b) Golongan Penghutang
Jika kadar bunga pinjaman bank tidak berubah, penghutang hanya perlu membayar balik pinjaman pada kadar bunga benar yang lebih rendah.
-Golongan penghutang akan memperolehi keuntungan

c) Pemilik aset hartanah
-Kenaikan kadar inflasi akan menyebabkan nilai aset hartanah meningkat.
-Pemilik aset hartanah akan memperolehi keuntungan apabila menjual aset tersebut.

SOALAN 4
Setiap tahun kerajaan memperuntukkan perbelanjaan melebihi hasil yang dipungut bagi merancakkan kegiatan ekonomi

a) i) berdasarkan situasi ekonomi di atas, apakah dasar ekonomi tersebut?

Jwp :Dasar fiskal defisit

ii) Berdasarkan jawapan dalam (a)(i), berikan jenis dasar tersebut

Jwpn: Dasar fiskal

b) Terangkan dua cara bagaimana kerajaan menampung jumlah perbelanjaan tersebut

1) HUTANG DALAM NEGERI
-kerajaan menjual sekuriti kerajaan kepada institusi kewangan tempatan

2)HUTANG LUAR NEGERI
-Kerajaan menjual bon melalui pinjaman pasaran

3)PENJUALAN ASET
-Kerajaan menjual aset/tanah/bangunan

______________________________________________________________________________

BAB 3 : PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN IMBANGAN PEMBAYARAN

SOALAN 1
1 a) Jelaskan maksud ekonomi terbuka dan keterbukaan ekonomi

-Ekonomi terbuka merupakan aktiviti eksport dan import dalam perdagangan antaraabangsa
-Keterbukaan ekonomi ialah darjah ukuran sejauh mana sesebuah Negara menjalankan perdagangan antarAbangsa.

b) Terangkan dua dasar perdagangan yang memyebabkan darjah keterbukaan ekonomi sesebuah negara semakin berkurang.

1)DASAR PERGANTIAN IMPORT
-Kerajaan menggantikan kegiatan mengimport barangan dari luar negara dengan menggalakkan perkembangan industri gantian import.
-kesannya nilai import akan berkurang dan darjah keterbukaan ekonomi negara akan berkurang.

2)DASAR PERLINDUNGAN
-Kerajaan mengenakan sekatan tarif dan bukan tarif terhadap produk yang diimport .
-Kesannya nilai import akan berkurang dan darjah keterbukaan ekonomi negara akan berkurang.

SOALAN 2
Jelaskan tiga kesan positif perdagangan antarabangsa kepada rakyat tempatan.

1)PILIHAN PENGGUNA PELBAGAI
-Pengguna dapat menikmati barangan import dan barangan tempatan.
-Secara tidak langsung pilihan pengguna akan pelbagai.

2)MEMPEROLEHI BARANGAN YANG TIDAK DIKELUARKAN DALAM NEGARA
-Rakyat tempatan dapat menikmati dan membeli barangan import yang murah yang tidak dikeluarkan dalam negara disebabkan faktor semulajadi dan iklim.

3)PELUANG PEKERJAAN MENINGKAT
-Aktiviti eksport dan import akan banyak menyediakan peluang pekerjaan terutamanya di sektor pengangkutan dan pelancongan.

4)HARGA BARANGAN LEBIH RENDAH
-Sesebuah negara yang mengkhusus dalam sesuatu pengeluaran akan dapat mengurangkan kos pengeluaran
-Secara tidak langsung barangan yang diperdagangankan dalam pasaran antarabangsa akan menjadi lebih murah.

SOALAN 3
a)Apakah yang dimaksudkan dengan tarif import dan subsidi eksport

-Tarif import merupakan cukai yang dikenakan kepada barangan yang diimport.
-Subsidi eksport ialah bantuan dalam bentuk kewangan kepada pengeluar tempatan bagi mengurangkan kos pengeluaran bagi produk yang akan di pasarkan.

b)Terangkan bagaimana tarif import dan subsidi eksport mempengaruhi darjah keterbukaan ekonomi sesebuah negara.

TARIF IMPORT
-Cukai yang dikenakan terhadap barangan yang diimport akan menyebabkan harga barangan import secara relatif lebih mahal.
-kesannya aktiviti dan nilai import akan menurun,ini akan menyebabkan darjah keterbukaan ekonomi negara akan rendah.

SUBSIDI EKSPORT
-Subsidi eksport kepada pengeluar tempatan akan menyebabkan harga eksport secara relatif  lebih murah.
-kesannya aktiviti eksport dan nilai eksport akan meningkat,ini akan menyebabkan darjah keterbukaan ekonomi negara akan tinggi

SOALAN 4
4.Terangkan bagaimana imbangan akaun semasa dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berikut :-
a)Kemerosotan nilai ringgit malaysia
-Harga ekport malaysia secara relatif akan menjadi lebih murah.Permintaan eksport akan meningkat
-Nilai eksport akan lebih meningkat daripada nilai import.
-Kesannya eksport bersih meningkat dan imbangan akaun semasa akan bertambah baik

b)Penurunan pendapatan perkapita Malaysia
-Permintaan terhadap barangan import akan menurun.
-Kesannya eksport bersih meningkat dan imbangan akaun semasa akan bertambah baik.

c)Kenaikan harga barangan domestik
Permintaan terhadap eksport akan menurun manakala permintaan terhadap barang import akan meningkat.
-Kesannya eksport bersih menurun dan imbangan akaun semasa akan bertambah buruk.

BAB 4 : PERUSAHAAN KECIL DAN SEDRHANA(PKS)

Soalan 1
(1).Jelaskan tiga program kerajaan untuk membantu dalam pembangunan Perusahaan kecil dan sederhana.

1.Program rantaian industri
Program yang berkaitan dengan konsep payung dan kerjasama iaitu industri besar dan industri PKS saling membantu dalam aktiviti pengeluaran.

2.PROGRAM PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR
-Pihak kerajaan menyediakan kemudahan prasarana seperti jalan raya bagi memudahkan aktiviti pengeluaran dan pemasaran PKS.

3.PROGRAM PEMBANGUNAN DAN PEROLEHAN TEKNOLOGI
-Pihak kerajaan juga memberikan geran kepada PKS untuk membeli peralatan moden bagi memudahkan PKS menjalankan aktiviti pengeluaran dan pemasaran.

4.PROGRAM PEMBANGUNAN PEMASARAN
-Pihak kerajaan melalui agensi tertentu membantu PKS untuk memastikan produk di dalam dan diluar negara. Contohnya, Fama menyediakan pasaran dan MATRADE membantu memperkenalkan produk PKS di luar negara.

SOALAN 2
(2) Jelaskan unit perniagaan yang berikut dari aspek Pemilikan dan modal

A)PERKONGSIAN
Pemilikan : Unit perniagaan dimiliki oleh ahli antara 2 hingga 20 rakan kongsi.
Modal : Diperolehi dari sumbangan rakan kongsi.

B)KOPERASI
Pemilikan : Unit perniagaan dimilki oleh ahli sekurang-kurangnya 100 ahli dan tiada had maksimum
Modal : Diperolehi daripada kutipan yuran ahli serta bayaran pembeli saham oleh ahli.

C)SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD
-Pemilikan : Unit perniagaan dimiliki oleh 2 hingga 50 ahli yang dijemput unutk menjadi ahli
-Modal : Diperolehi melalui penjualan saham dalam kalangan ahli dan mendapat pinjaman dari institusi kewangan

SOALAN 3
3. a) Berikan takrif perusahaan kecil dan sederhana bagi sektor perkhidmatan dari aspek nilai jualan dan bilangan pekerja.

b) Nyatakan dua agensi kerajaan yang membantu Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari aspek yang berikut :

PKS bagi sektor perkhidmatan mempunyai nilai jualan tidak melebihi RM20 juta dan bilangan pekerja tidak melebihi 75 orang

I)MEMBERIKAN PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN
1) SMADET
2) MARA

II) MEMBERI PERKHIDMATAN PEMASARAN
1)MATRADE
2)MARA

SOALAN 4
4.Jelaskan ciri-ciri Perusahaan Kecil dan sederhana dari aspek yang berikut :

A)MODAL
-Jumlah modal yang dimilki tidak melebihi RM25 juta
-Sebahagian besar modal diperolehi melalui sumbangan rakan kongsi dan pinjman modal dari institusi kewangan.

B)JENIS KELUARAN
-Produk yang dikeluarkan adalah berkaitan dengan produk harian pengguna
Contoh : Sos , kicap

C)KAEDAH PENGELUARAN
-Teknik pengeluaran lebih kepada berintensif buruh
-Tingkat teknologi dan mesin yang digunakan adalah rendah.


BAB 5 : INSTITUSI KEWANGAN

SOALAN 1
1.Terangkan dua peranan institusi kewangan perbankan yang berikut

a)Bank pusat
-Bertindak sebagai jurubank kepada bank perdagangan
cthnya , menetapkan rizab
-Betindak sebagai jurubank kepada kerajaan
Cthnya, menguruskan hutang kerajaan

b)Bank pelaburan
-Menyediakan kemudahan penyimpanan kewangan kepada syarikat melalui akaun simpanan tetap
-Menyediakan kemudahan pembiayaan kewangan kepada orang ramai melalui pinajam bank

c)Bank perdagangan
-Menyediakan kemudahan penyimpanan kewangan kepada orang ramai melalui akaun tabungan
-Menyediakan kemudahan pembiayaan kewangan kepada orang ramai melalui pinjama bercagar

SOALAN 2
2.Selain daripada masalah menyediakan cagaran yang mencukupi untuk mendapat pinjaman modal, terangkan tiga masalah lain yang dihadapi oleh peniaga untuk mendapatkan pembiayaan kredit

1) MASALAH PROSEDUR PEMBERIAN KREDIT
PKS perlu menyediakan dokumen yang lengkap berkaitan dengan kewanga bagi menyokong jumlah pinjaman yang dimohon. Kegagalan menyediakan dokumen sokongan kewangan akan menyukarkan peniaga mendapatkan pinjaman.

2)MASALAH BAYARAN BALIK
Institusi kewangan akan menilai kemampuan PKS untuk membayar balik kredit melalui pemantauan/audit pulangan perniagaan dari semasa ke semasa. Semasa ekonomi menghadapi kemelesetan, pulangan PKS akan berkurang. Kesannya institusi kewangan akan mengurangkan jumlah kredit pada masa hadapan.

SOALAN 3
3.a) Berbantukan contoh, terangkan bagaimana institusi kewangan berindak sebagai perantara kewangan

Perantara kewangan ialah institusi kewangan menerima deposit daripada unit yang mempunyai lebihan dana dan memberi kemudahan pinjaman kepada unit yang mengalmi kekurangan dana
Cthnya, bank perdagangan menerima deposit daripada orang ramai dan memberi kemudahan pinjaman kepada individu yang layak.

b) Terangkan peranan institusi kewangan melalui aspek

1)Pertumbuhan ekonomi
-Mempengaruhi bekalan wang dalam pasaran melalui penciptaan wang kredit
-Perubahan bekalan wang akan mempengaruhi kadar bunga dan tingkat pelaburan.
-Perubahan tingkat pelaburan akan mempengaruhi perblanjaan agregat dan pertumbuhan ekonomi

2)Kos menjalankan perniagaan
-Institusi kewangan akan mengumpulkan dana dan memberi pinjam kepada sektor swasta.
-Dana kewangan yang diberi oleh institusi kewangan kepada sektor swasta dapat digunakan untuk menjalankan aktivit perniagaan.

BAB 6 : KEMISKINAN DAN AGIHAN  PENDAPATAN

SOALAN 1
1. a) Berikan maksud kemiskinan relatif

Kemiskinan relatif ialah perbezaan pendapatan isi rumah mengikut kumpulan etnik dan mengikut strata penduduk.

b) Jelaskan dua punca yang menyebabkan kemiskinan relatif berlaku

1.PERBEZAAN TAHAP PENDIDIKAN
-Kumpulan penduduk yang mempunyai tahap pendidikan/kemahiran yang tinggi berpeluang untuk memperolehi pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan penduduk yang mempunyai tahap pendidikan/kemahiran yang rendah.

2.PERBEZAAN KOS SARA HIDUP
Kumpulan penduduk di bandar mempunyai kos sara hiudp yang lebih tinggi disebabkan harga barangan keperluan lebih tinggi berbanding dengan kos sara hidup di luar bandar.

3.PERBEZAAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Kumpulan penduduk luar bandar yang masih menggunakan teknologi pengeluaran tradisional sukar untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi berbanding dengan kumpulan penduduk bandar.

4.PERBEZAAN EKSES PASARAN
Akses pasaran di luar bandar masih terhad dan terbatas menyebabkan saiz pasaran terbatas dan pulangan pendapatan renda berbanding dengan kumpulan penduduk bandar yang mempunyai akses psaran yang baik dan lengkap.

SOALAN 2
2. a) Jelaskan perkaitan konsep pendapatan garis kemiskinan dengan

i)KEMISKINAN MUTLAK
Kekurangan pendapatan iaitu pendapatan yang berada bawah pendapatan garis kemiskinn untuk memenuhi keperluan asas seperti pakaian , makananm dan tempat tinggal.

ii)KEMISKINAN TEGAR
Kekurangan pendapatan iaitu pendapatan yang berada dibawah pendapatan garis kemiskinan yang hanya mampu memenuhi keperlua asas nutrisi makanan sahaja.

b)Terangkan dua program untuk membantu golongan miskin

1)PROGRAM PEMBANGUNAN RAKYAT MISKIN
-Program ini membantu profil isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin tegar.
-Antara projek yang dijalankan ialah menyediakan perumahan yang lebih baik serta makanan tambahan kepada kanak-kanak serta bantuan pendidikan.

2)RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
-RMT bertujuan untuk membantu meningkatkan kualiti makanan murid-murid dari kalangan pelajar miskin supaya murid-murid tersebut dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pelajaran.
-Program ini dapat memastikan pertumbuhan fizikal dan mental murid-murid miskin bertambah baik dan seimbang.

3)SKIM BAUCAR TUISYEN
-SBT ialah satu program yang bertujuan memberi peluang dan ruang kepada murid-murid miskin bagi tahun 4,5,dan 6 yang lemah dalam mata pelajaran bahasa malaysia, bahasa inggeris, matematik dan sains SBT juga mengharapkan golongan pelajar miskin dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran teras.

SOALAN 3
a)Berikan tiga agensi pembangunan wilayah yang membantu mengurangkan kemiskinan

1)FELDA - menjalankan program pembangunan tanah
2)FELCRA - penyusunan semua kampung.
3)RISDA - menggalakkan tanaman semula getah

b)Nyatakan tiga dasar kerajaan bagi membasmi kemiskinan.
1)DPN
2)DED
3)DWN






















Comments

Popular Posts