GEO SEM 3 (2019)
ALAM SEKITAR MANUSIA
IMPAK AKTIVITI MANUSIA TERHADAP (ALAM SEKITAR)
Sekiranya soalan kepada (alam sekitar) maksudnya bagi fizikal dan manusia
FIZIKAL
1) Kemerosotan kualiti alam sekitar
Merujuk kepada unsur air,
udara, tanih yang telah dicemari :
Contoh air sungai atau tasik atau laut yang telah
dicemari oleh sisa kumbahan, minyak, bangkai
binatang, virus, racun, pH air yang berasid (1-6),
kandungan BOD yang tinggi, berwarna atau keruh dan
berbau busuk.
Contoh udara yang tercemar ialah kandungan PM10 dan
PM2.5 yang tinggi, meningkatnya gas-gas rumah hijau
dalam udara, kandungan asap dan jarak penglihatan
yang rendah.
2) Kemerosotan dan kepupusan sumber
Merujuk kepada
sumber-sumber alam semulajadi yang semakin berkurangan
dan mengalami kepupusan atau kemusnahan akibat aktiviti
manusia atau bencana alam :
Contohnya kepupusan hutan - kehabisan sumber kayu
berkualiti seperti cengal, meranti, keruing .
Kehabisan sumber galian/ mineral seperti bijih timah,
petroleum dan gas asli, bijih besi .
Kemerosotan kualiti tanih dan kawasan tanih yang
sesuai untuk pertanian.
Kemerosotan bilangan haiwan seperti tapir, harimau dan
gajah.
KONSEP (BAHAGIAN A) FIZIKAL
Ekologi : satu cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi antara makhluk hidup dengan kawasan persekitarannya.
Ekosistem : satu komuniti organisma yang berinteraksi antara satu dengan yang lain serta persekitarannya yang melibatkan komponen abiotik dan biotik.
Aliran tenaga : proses pemindahan tenaga dari satu komponen biotik kepada satu komponen biotik yang lain dalam sesebuah ekosistem.
Kitar Nutrien : proses kitaran bahan kimia yang berlaku secara berterusan dalam ekosistem melalui tiga fasa dalam edaran yang lengkap.
Rantaian makanan : proses pemindahan tenaga , elemen-elemen kimia daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang aliran satu hala.
Siratan makanan : proses pemindahan tenaga , elemen-elemen kimia daripada satu organisma kepada organisma yang lain dalam pelbagai aliran.
Aras trofik : Aras makanan dalam rantaian makanan yang terdapat dalam ekosistem secara berturutan (pengluar > pengguna primer > sekunder > tertier)
Piramid tenaga : aras-aras ,alamam dan pemakanan dalam ekosistem disusun secara hieararki dari atas ke bawah dalam bentuk piramid.
Proses kehilangan tenaga :
Merujuk kepada pembebasan tenaga dalam bentuk tenaga haba(metabolisme)
Melalui perkumuhan, pembesaran, perpeluhan, pembiakan.
Interspesies : berlainan spesis
Intraspesies : sama spesis
Bersaing utk mdptkan makanan , tmpt tinggal , pasangan dan sebagainya
(BAHAGIAN B) MANUSIA
Pembangunan lestari : pembangunan berterusan yang mementingkan kesejahteraan hidup pada masa kini dan generasi akan datang.
Prinsip pembangunan lestari (8)
Kepada Alam sekitar
1.Menjana semula pertumbuhan ekonomi
2.Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber
3.Mengorentasi semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko
4.Mengintegrasikan alam sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan
5.Memperkukuhkan kerjasama antarabangsa.
Kepada Manusia
1.Mengubah kualiti pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup
2.Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung
3.Memperbaharui hubungan ekonomi antarabangsa
Comments
Post a Comment