Skip to main content

Featured

944/2 EKONOMI KONSEP

BAB 2 : PERAKUNAN PENDAPATAN NEGARA PENDAPATAN NEGARA -Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara dalam tempoh setahun. KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) Jumlah nilai barang akhir dan prekhidmatan yang dikeluarkan di dalam sesbuah negara oleh faktor pengeluaran milik negara atau milik negara asing dalam setahun KELUARAN NEGARA KASAR (KNK) -Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara berada dalam negara dan diluar negara PENDAPATAN FAKTOR BERSIH DARI LUAR NEGARA (PFBLN) -Perbezaan antara nilai penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negara dengan nilai pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara KELUARAN NEGARA BERSIH(KNB) -Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara setelah ditolak susut nilai. KNK NOMINAL -Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dihitung berdasarkan tingkat harga tahun sem

900/3 PENGAJIAN AM ESEI


"ESEI GUYS!!!!"


Bahagian C ( Kelantan )

18. Pelbagai isu yang timbul daripada hubungan bilateral Malaysia dengan negara jiran. Jelaskan.

Jawapan

ISU
1. Pendatang asing
2. Jenayah rentas sempadan - indonesia, thailand
3. Pertindihan wilayah - sparly, batu putih
4. Isu harga air - singapura 1926
5. Pembantu rumah asing - indonesia
6. Isu pelarian rohingnya - Myanmar
7. Pencerobohan udara - singapura

19. Krisis makanan global semakin membimbangkan. Malaysia mengambil pelbagai langkah untuk menanganinya. Bincangkan.

Jawapan

PUNCA
1. Bencana Alam
2. Peningkatan jumlah penduduk
3. Serangan penyakit / Makhluk perosak
4. Pencemaran
5. Pembaziran sumber makanan
6. Pertukaran status tanah - pertanian kpd perindustrian
7. Penghasilan bahan api bio - pertukaran jagung kepada tenaga eletrik

LANGKAH
1. Meningkatkan teknologi tempatan - mengunakan teknologi moden dlm penghasilan mknan.
2. Pembangunan dan penyelidikan R&D - industri makanan (MARDI)
3. Tingkatkan kesuburan tanah -  kaedah biopemulihan organik
4. Meningkatkan piawaian kualiti makanan


20. Isu pelarian telah meninggalkan pelbagai kesan kepada Malaysia. Tindakan perlu dilaksanakan bagi menangani isu tersebut. Bincangkan.

Jawapan

KESAN
1. Keselamatan negara terjejas
2. Peningkatan kadar jenayah / sosial
3. Penularan pelbagai penyakit
4. Hubungan diplomatik terjejas

LANGKAH
1. Meningkatkan kerjasama antarabangsa terutama negara jiran
2. Mengetatkan kawalan keselamatan kawasan sempadan
3. Mengurus penepatan semula - pemindahan larian
4. Pemberian kad UNHCR
5. Melakukan tapisan kesihatan - rawatan kesihatan kpd pelarian sblm memasuki negara.

Bahagian C ( Selangor )

18. Pertubuhan Negara- negara Asia TEnggara menghadapi pelbagai cabaran. Huraikan.

Jawapan

CABARAN
1. Persaingan dalam pasaran komuditi - penghasilan jenis produk yg sama
2. Kemunculan K.ekonomi serantau / Blok2 ekonomi (EU)
3. Negara mengutamakan kepentingan nasional masing2
4. Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama - bijih timah, getah
5. Pergantungan kepada negara maju - teknologi , pelaburan
6. Masalah pendatang asing tanpa izin
7. Masalah politik dalaman anggota - myanmar, thailand
8. Aktiviti jenayah rentas sempadan - penyeludupan manusia dan senjata.

19. Ancaman jenayah di kawasan perairan negara dan antarabangsa membimbangkan Malaysia. Usaha bersepadu di peringkat antarabangsa perlu dilakukan untuk menangani masalah ini. Bincangkan.

Jawapan

KESAN
1. Menjeaskan aktiviti perdagangan - pelaburan kapal-kapal
2. Mengancam negara dan keselamatan  harta benda
3. Menjejaskan sumber pendapatan - nelayan
4. Menggugat keamanan dan keselamatan negara.

LANGKAH
1. Kerjasama antara negara
2. Penguatkuasaan undang-undang maritim - perondaan
3. Penggunaan teknologi moden

Bahagian C (Terengganu )

18. Dasar luar malaysia sejak merdeka telah berkembang seiring dengan tuntuan semasa. Dasar yang pragmatik ini telah membawa pelbagai kebaikan kepada negara. Jelaskan.

Jawapan

DASAR LUAR
1. Orientasikan probarat - hubungan dengan barat
2. Dasar berkecuali / terbuka - hubungan tanpa ideologi
3. Dasar lebih tegas/ berpendirian - pendirian kita tentang antartika dan keganasan.
4. Dasar proaktif / agresif - penglibatan dalam PBB,DIC,ASEAN.

KEBAIKAN
1. Meningkatkan ekonomi negara.
2. Mengkukuhkan keselamatan negara.
3. Meningkatkan pelaburan asing.

19. Persaingan antara kuasa besar merupakan salah satu situasi yang mencabar ASEAN dalam mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara. Malaysia mengambil pendekatan khusus bagi menangani situasi berbangkit. Bincangkan.

Jawapan

CABARAN
1. Persaingan antara kuasa besar.
2. Penetapan zon ekonomi eksklusif (ZEE)


RANDOM

9. Penyertaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa membawa banyak kebaikan.Huraikan

Jawapan
1. Penyertaan Malaysia dalam persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
-Malaysia dapat mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, kemajuan sosial dan kebudayaan negara-negara anggota atau serantau.
-Melalui ZOPFAN, ASEAN berusaha mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan serantau termasuk Malaysia. Manakala melalui pembangunan kawasan segi tiga pertumbuhan pula Malaysia dapat menikmati pelbagai pembangunan dalam sosioekonomi dan teknikal.

2.Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB)
-Membolehkan Malaysia bekerjasama dari segi pendidikan dan kesihatan dengan negara luar ASEAN.
-Malaysia berpeluang mengikuti lima program utama UNESCO iaitu program pendidikan, sains semulajadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan, komunikasi dan maklumat.
- Malaysia juga bekerjasama dengan pihak WHO untuk meningkatkan taraf kesihatan manusia sejagat termasuk rakyat Malaysia sendiri.

3.Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan persidangan Islam(OIC).
-Pertubuhan persidangan islam(OIC) telah memupuk perpaduan antara malaysia dengan negara-negara islam yang lain.
-Meningkatkan kerjasama antara negara anggota dalam bidang ekonomi, perdagangan,pendidikan dan kebudayaan.
-Malaysia dapat menganjurkan satu forum yang telah menggabungkan tokoh2 ekonomi, ntelektual dan pemimpin terutama dari dunia islam dan barat dalam forum ekonomi islam sedunia(WIEF)

4.Komenwel
-Penyertaan Malaysia dalam komenwel telah mengeratkan lagi hubungan antara malaysia dengan negara merdeka lain yang pernah di jajah oleh britain.
-Melalui komenwel, Malaysia telah mendapat kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan britain terutama untuk pasaran barangan di negara anggota.
-Malaysia juga berpeluang meningkatkan lagi kepakaran terutama dalam bidang pendidikan dibawah rancangan pelajaran komenwel(Colombo plan).

5.Pergerakan negara-negara berkecuali(NAM)
-Menyatu negara yang berpegang kepada prinsip berkecuali.
-Melalui NAM, setiap negara anggota saling menghormati hak asasi manusia, agama dan kedaulatan wilayah negara2 lain.
-Setiap negara anggota berusaha menyelesaikan masalah pertengkilahan antarabangsa.
-NAM juga berusaha membekal kedudukan kaum wanita dan menggalakkan wanita melibatkan diri dalam pelbagai sektor.

3.Malaysia telah berusaha untuk membangunkan kemajuan sains dan teknologi melalui kerjasama antarabangsa. Bincangkan.

1. Pembangunan dan penyelidikan.
-Permintaan yang tinggi dari China terhadap buah durian jenis "Musang king" Malaysia telah menyebabkan institut kemajuan dan penyelidikan pertanian (MARDI) diberi peruntukan RM41juta untuk membangunkan kajian tentang durian.
-Hasil kajian membolehkan negara mengeksport durian yang berkualiti ke negara china.

2. Penyelidikan sains forensik
-Malaysia telah menyertai beberapa kursus dan latihan khas didalam dan luar negara berkaitan bidang ini.
-Sejak tahun 2002, Malaysia telah menghantar ramai kakitangan untuk mengikuti kursus asas sains forensik dan pengendalian makmal di pusat sains forensik victoria,melbourne,Australia untuk mendalami bidang sains forensik.

3.Teknologi perkapalan
-Pengangkutan kontena negara mengendalikan kerja mengikut piawaian antarabangsa, malaysia turut menyertai biro kontena Antarabangsa(BIC)

4.Teknologi Nano
-Malaysia dapat bekerjasama dengan negara luar dalam bidang nano perubatan, universiti Putra Malaysia(UPM) pernah mengembangkan penyelidikan dalam bidang nano teknologi keperingkat antarabangsa dengan syarikat teknologi.

5.Pertanian moden
-Beberapa siri latihan tahunan bersama petani luar negara telah diadakan. Kursus ini lebih mengutamakan industri agromakanan disamping penggunaan teknik pertanian moden. Sebagai contoh, melalui kerjasama antara jabatan pertanian malaysia dengan 'The Japan agricultural Exchange Council(JAEC).

7.Meskipun undang-undang zon ekonomi eksklusif (ZEE) penting dalam sesebuah negara, namun ZEE juga menimbulkan masalah dalam hubungan serantau. Huraikan.

1.Undang-undang zon ekonomi ekslusif
-Pengurusan sumber alam
-Membenarkan setiap negara menjalankan penyelidikan ke atas sumber alam.
-Kesannya , hidupan marin dapat dipelihara dan banyak masalah alam sekitar boleh dicegah.

2.Menimbulkan pelbagai masalah dalam hubungan serantau.
-Selat melaka dan laut china selatan merupakan sebahagian besar perairan negara yang sangat terdedah kepada ancaman lanun.
-Ancaman lanun berlaku kerana kegiatan ekonomi yang bebas dijalankan di kawasan perairan menyebabkan lanun berkesempatan untuk mencerobohi kawasan perdagangan tersebut.

3.Pencerobohan nelayan asing ke kawasan ZEE
-Nelayan asing telah menggunakan kapal laut dalam untuk menangkap ikan laut dalam diperairan negara jiran.
-Contoh, pencerobohan nelayan asing dari thailand dan vietnam ke perairan malaysia.

4. Masalah pertindihan sempadan dalam hubungan serantau
-Isu pertindihan sempadan antara negara jiran seperti Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Indonesia.
-Perselisihan faham antara negara oleh sebab pihak yang menjaga kawasan perairan masing-masing akan sering dipersalahakn kerana tidak memantau kawasan ZEE dengan cekap.

5.Menjamin keselamatan sumber alam
-Sumber alam yang ada dilaut dapat dijaga melalui zon ekonomi ekslusif (ZEE) yang telah ditubuhkan.
-Cthnya, sumber marin atau sumber yang terdapat dalam sesebuah pulau seperti indonesia dan philipina yang mempunyai lebih daripada 1000 pulau.

6.Terdapat beberapa sokongan dan bantahan daripada Malaysia terhadap isu kemanusiaan di peringkat global. Jelaskan.

A)Sokongan
1. Sumbangan rakyat
-Rakyat Malaysia sentiasa menyokong usaha negara untuk membantu dinegara lain yang dilanda musibah atau bencana alam.
-Bantuan dan tabung kemanusiaan seperti tabung kemanusiaan aceh telah diwujudkan untuk dihulurkan kepada mangsa.

2.Kegiatan kebajikan badan bukan kerajaan(NGO)
-Badan bukan kerajaan seperti Mycare sentiasa melibatkan diri memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk dunia yang tidak bernasib baik.
-Mycare telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti 'Orange4Orphan' untuk membantu anak-anak yatim palestin,syria dan rohingnya yang malang.

3.Bantuan daripada kerajaan
-Pada Mac2017 kerajaan Malaysia melalui angkatan tentera Malaysia(ATM) telah menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat somalia yang berada dalam keadaan kritikal berikutan bencana kemarau berpanjangan.
-Bantuan ini merupakan sokongan malaysia bersama negara lain untuk membantu mangsa bencana.

(B) Bantahan
4.Mengadakan Himpunan Solidariti
-Malaysia telah mengadakan himpunan solidariti untuk membantah tindakan pihak tertentu seperti "Himpunan solidariti ummah untuk rohingnya pada tahun 2016 bagi membantah tindakan Myanmar.
-Malaysia juga mengadakan 'Solidariti selamatkan baritulmaqdis' pada 22Disember 2017 bagi membantah tindakan Amerika Syarikat mengistiharkan baitulmaqdis sebagai ibu negara israel.

5.Memberi perlindungan mangsa pelarian
-Pada tahun 2015 Malaysia telah memberi perlindungan kepada 3000 orang pelarian syria yang menjadi mangsa konflik dan perang di negara mereka.
-Malaysia juga memberi perlindungan sementara kepada pelarian rohingnya yang berjumlah kira-kira 45,000 orang sejak tahun 2015.

5. Isu pembuangan sampah , sisa toksik yang beleluasa diseluruh dunia telah membimbangkan semua pihak.Tindakan yang bijaksana harus diambil untuk mengatasi masalah ini.Jelaskan.

1.Kekurangan lokasi pelupusan
-Terdapat negara didunia mengeksport sisa pepejal yang boleh dikitar semula ke negara membangun.
-Kebanyakkan negara maju menghadapi kekurangan lokasi pelupusan sampah.

2.Hubungan diplomatik
-Hubungan diplomatik boleh terjejaskan jika terdapat pengusaha syarikat dari negara yang berdekatan telah membuang sisa toksik secara berleluasa.
-Pembuangan sisa toksik yang tidak dirawat dari negara-negara yang berjiran akan memnyebabkan salah faham jika menjejaskan kesihatan rakyat negara terbabit.

3.Bantuan khas
-Negara yang terjejas boleh memohon bantuan negara pakar dalam pelupusan.
-Syarikat bahan kimia korea selatan telah menghulurkan bantuan untuk membersihkan kawasan yang tercemar dijohor,Malaysia.

4.Memanfaatkan sains & teknologi dengan melakukan penyelidikan.
-Merawat & mengitar semula air yang tercemat dengan sisa toksik.
-Membuat kajian untuk mengurangkan kesan buruk pencemaran sisa toksik.
-Rawatan khas sisa toksik hendaklah dirawat terlebih dahulu sebelum dibuang ke laut dan sungai.

5.







Comments

Popular Posts