Skip to main content

Featured

944/2 EKONOMI KONSEP

BAB 2 : PERAKUNAN PENDAPATAN NEGARA PENDAPATAN NEGARA -Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara dalam tempoh setahun. KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) Jumlah nilai barang akhir dan prekhidmatan yang dikeluarkan di dalam sesbuah negara oleh faktor pengeluaran milik negara atau milik negara asing dalam setahun KELUARAN NEGARA KASAR (KNK) -Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara berada dalam negara dan diluar negara PENDAPATAN FAKTOR BERSIH DARI LUAR NEGARA (PFBLN) -Perbezaan antara nilai penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negara dengan nilai pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara KELUARAN NEGARA BERSIH(KNB) -Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara setelah ditolak susut nilai. KNK NOMINAL -Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dihitung berdasarkan tingkat harga tahun sem

942/1 GEOGRAFI SOALAN

942/1 GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL ( BAHAGIAN A) 
SOALAN 1 (STPM P1 2015)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem [3]
-Maksud sistem Saling interaksi antara komponen untuk mencapai keseimbangan secara komplek[3]

b) Jelaskan perbezaan antara sistem tertutup dangan sistem terbuka [4]
- Sistem tertutup berlaku pertukaran tenaga antara sistem dengan persekitarannya tanpa melibatkan pertukaran jisim.
- Sistem terbuka berlaku pertukaran tenaga dan jisim antara sistem dengan persekitarannya.

c) Jelaskan bagaimana tenaga suria mempengaruhi proses luluhawa kimia. [4]
-Suhu tinggi bantu mempercepatkan tindakbalas luluhawa kimia.
-Suhu tinggi Proses sejatan tinggi dan bantu bentuk hujan dan proses luluhawa berlaku dengan giat dan cepat.

d) Bagaimanakah taburan tenaga yang berbeza mempengaruhi aktiviti pelancongan[4]
-Penerimaan tenaga suria sepanjang tahun Aktiviti pelancongan di pinggir pantai meningkat seperti
berjemur, skuba divig dan jet ski.[2]
-Penerimaan tenaga matahari kurang (salji terbentuk) Meningkatnya aktiviti pelancongan di kawasan bersalji seperti kaki gunung iaitu luncur ais dan sukan hoki.[2]

SOALAN 2 (STPM P1 2014)
a) Huraikan dua punca tenaga endogenik [4]
-Mampatan jisim dan pertambahan momentum tenaga graviti terhasil semasa pembentukan bumi [2]
-Pencerakinan nukleas atom tenaga radiogenik terhasil daripada bahan dalam bumi seperti kalium,
uranium, dan thorium. [2]

b) Nyatakan tiga proses yang berpunca daripada tenaga endogenik [3]
1.Proses Pergerakan Plat Tektonik [1]
2.Proses Gelinciran [1]
3.Proses Metamorfosis batuan [1]

c) Huraikan dua proses dalam sistem geomorfologi [4]
1.Hakisan Penghausan atau pengukiran permukaan bumi oleh agen yang bergerak seperti air mengalir, hujan dan angin. [2]
2.Pemendapan Perlonggoan bahan regolit oleh agen pegangkutan seperto air mangalir , angan dan ombak. [2]

d) Jelaskan bagaimana aktiviti yang berikut menggangu keseimbangan sistem geomorfologi
(i) Pertanian tidak mengikut kantur.
-Teres dibuat tidak mengikut kontur Keceruan sedia ada terganggu dan tanah runtuh berlaku [2]

(ii) Pancutan air dalam kegiata perlombongan [4]
-Tekanan air yang kuat memecah cerun bukit yang mengandungi mineral Berlaku gangguan struktur tanah dan berlaku hakisa dan juga pergerakan jisim.[2]

SOALAN ESEI
SOALAN 3 (STPM P1 2015)
a) Bincangkan bukti yang dapat menyokong teori hanyutan benua. [13]

1. PERSAMAAN GARIS PANTAI
-Garisan pantai memberi gambaran bahawa benua adalah jisim daratan dari satu blok yang sama.
Buktinya dalam peta dunia garis pantai barat benua Amerika Selatan dengan pantai timur benua Afrika Selatan boleh dicantum dengan tepat

2. PERSAMAAN JENIS FOSIL TUMBUHAN DAN HAIWAN
-Persamaan dari segi umur dan jenis yang sama ditemui di benua yang berlainan. Contohnya, persamaan fosil reptilian antara Afrika Selatan dengan Amerika Selatan [2]

3.GEOLOGI
-Jenis dan usia batuan di benua yang berlainan juga adalah sama. Contoh bahan atau batuan mendak lautan yang paling awal di kedua-dua benua Amerika Selatan dan Afrika ini juga mempunyai usia yang sama.[2]

4.GUNUNG LIPAT
-Banjaran atau tanah tinggi dibenua yang berlainan mempunyai ciri-ciri yang sama. Contoh Banjaran Kaledonia di selatan Greenland mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Tanah Tinggi Scandinavia [2]

5.KAJIAN IKLIM PURBA 
-Kajian berkaitan mendapan glasiar antara benua yang  berlainan membuktikan mempunyai persamaan dari segi jenis. Contoh : mendapan glasiar yang terdapat di barat laut Afrika
mempunyai persamaan dengan di Brazil. [2]

6.BUKTI OSEANIK
-Terdapat bahan mendapan paling tua dari jenis dan usia yang sama ditemui di lautan yang berlainan.
Contoh bahan mendapat di Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. [2]

Kesimpulan berdasarkan bukti di atas, kewujudan teori hanyutan benua ini tidak boleh dinafikan [1]

b) Jelaskan proses pembentukan muka bumi yang terhasil akibat pergerakan plat tektonik [12]
1.GUNUNG LIPAT
-Pertembungan plat Plat bumi akan berkedut dan mampat . Contoh : Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia. [2]

2.JURANG LAUTAN
-Percapahan plat plat lebih tumpat akan menjunam ke bawah di dasar lautan.Contoh Jurang Mariana di Filipina [2]

3.LURAH GELINCIRAN
-Percapahan plat kedua-dua plat di kiri kanannya bergerak menjauhi antara satu sama lain dan bahagian tengah jatuh ke bawah membentu lurah gelinciran.Contoh Laut Merah [2]

4.GUNUNG BONGKAH
-Petembungan plat Satu bahagian plat akan naik ke atas dan satu bahagian lagi tinggal kekal. Bahagian yang naik ke atas akan membentuk bongkah gelinciran [2]

SOALAN 4 (STPM P1 2015)
a) Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi pemendapan sungai[12]

i. KECERUNAN PANTAI
-pantai yang landai menyebabkan bahan muatan atau bahan mendapan lebih mudah mendap [2]

ii. ORIENTASI PANTAI
-pantai yang terlindung seperti kewujudan teluk atau pulau menyebabkan kadar pemendapan adalah tinggi [2]

iii. JENIS OMBAK
-Ombak pembina yang melanda pantai menggalakkan proses pemendapan . [2]

iv. BAHAN MUATAN
-Banyak bahan muatan yang di bawa oleh ombak pembina menggalakan lagi proses pemendapan [2]

v. SAIZ BAHAN
-Bahan muatan yang halus dan kecil dalam ombak lebih mudah di bawa ke pantai untuk dimendapkan. [2]

vi. TUMBUH-TUMBUHAN 
-Pantai yang terdapat hutan kayu bakau lebih memudahkan berlakunya proses pemendapan lebih
tindakan akar tumbuhan tersebut [2]

b) Nilaikan kepentingan bentuk muka bumi pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia di pinggir pantai. [13]

1.AKTIVITI IKS
- Pantai berpasir yang luas dan rata amat sesuai dijadikan kawasan menjemur ikan masin. [2]

2.AKTIVITI PERLOMBONGAN
-Beting Pasir  , pinggir pantai yang terdapat beting pasir kaya dengan pasir menjadi lokasi Aktiviti Perlombongan Pasir. [2]

3.AKTIVITI REKRIASI
-Bentuk muka bumi anak tanjung yang unik menarik minat pelancong. [2]

4.AKTIVITI PELANCONGAN
-Ramai pelancong tertarik melibat tombolo terutama ketika air susut . Boleh berkunjung ke pulau yang dihubungi oleh tombolo dengan pantai di daratan. [2]

5.AKTIVITI PERIKANAN
-Air yang tenang sesuai untuk Aktiviti Ternakan Ikan dan habitat anak ikan bagi tumbesarannya [2]

6.AKTIVITI PERTANIAN
-Merupakan kawasan yang subur dengan tanih alluvium dan sesuai untuk penanaman padi [2]

vi. Kesimpulan Pelbagaian bentuk muka bumi dia atas membuktikan kepentingannya terhadap aktiviti manusia di kawasan tersebut [1]

2(a) Terangkan enam ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya ekuinoks. (12)

1. Ekuinoks ialah panjang siang dan malam adalah sama panjang di semua tempat sama ada di Hemisfera Utara mahupun di Hemisfera Selatan iaitu 12 jam waktu siang dan 12 jam waktu malam.

2. Pancaran matahari waktu tengahari tepat di atas garisan khatulistiwa pada 21 mac dan 23 september . Oleh itu , tenaga matahari maksimum diterima di kawasan khatulistiwa.

3. Oleh itu, terjadinya musim bunga di kawasan iklim sederhana (Hemisfera Utara) pada 21 MAc. Sementarai itu, di Hemisfera Selatan mengalami musim luruh.

4. Disamaping itu, terjadinya musim luruh di kawasan iklim sederhana (Hemisfera Utara) pada 23 September. Sementara itu, di hemisfera selatan mengalami musim bunga.

5. Kedua-dua kutub iaitu Kutub Utara dan Kutub Selatan menerima pancaran cahaya matahari.

6. Berlaku perubahan tekanan udara menyebabkan perubahan tiupan angin dan hujan  iaitu angin bergerak daripada kawasan tekanan udara tinggi ke tekanan udara rendah.

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan hakisan galur.
-Merujuk kepada bahan tanih yang dihakis dan diangkut bersama air yang mengalir dari atas ke bawah cerun menerusi alur-alur yang lebih luas.

(b) Terangkan dua cara air sungai menghakis alurnya. (4)
1.HAKISAN HIDRAUL
-Merupakan tindakan hakisan yang dilakukan oleh kuasa air di dalam alur sungai itu sendiri tanpa melibatkan bahan yang dibawa.

2.HAKISAN GESELAN ATAU LELASAN.
-Merupakan proses penghausan yang berlaku ke atas tebing dan dasar alur sungai apabila bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai seperti pasir,kelikir, batu tongkol bergesel dengan tebing dan dasar alur sungai.

3. HAKISAN LAGAAN
-Merupakan pelanggaran antara bahan- bahan yang dibawa oleh air sungai dengan tebing dan dasar alur sungai atau pelanggaran sesama bahan itu sendiri.

4.HAKISAN LARUTAN
-Merujuk kepada tindak balas secara kimia antara air sungai dengan mineral batuan yang membentuk tebing dan dasar sungai yang menyebabkan batuan terlarut.

2 (a) Sejauhmanakah aktiviti manusia mempengaruhi kadar hakisan di permukaan tanih.(13)

1)AKTIVITI PERTANIAN
-Amalan pertanian tanpa teres, tanpa tanaman tutup bumi dan tanpa perparitan yang baik memudahkan pergerakan air larian di permukaan secara meluas dan menghakis permukaan cerun secara besar-besaran. Lapisan tanah yang subur diangkut oleh larian air permukaan dan dimendapkan di kawasan tanah rendah.

2)AKTIVITI PERNYAHUTANAN
-Penyahutanan menyebabkan tumbuhan musnah . ketiadaan tumbuhan menyebabkan titisan hujan terus ke permukaan bumi tanpa halangan. Ketiadaan akar tumbuhan menyebabkan air larian permukaan meningkat. Ketiadaan akar tdaik mampu menyerap pergerakan air. Struktur tanah yang terdedah akan menjadi longgar,pertikel tanah di cungkil serta di hakis oleh larian air permukaan.

3)AKTIVITI PEMBINAAN BANGUNAN
-Projek pembangunan seperti pembinaan petempatan, lebuhraya dan kawasan rekreasi melibatkan kerja-kerja peneresan, pemotongan dan perataan bukit. Hal ini mempercepatkan kadar hakisan tanah kerana struktur taninh menjadi longgar.

4)AKTIVII PERLOMBONGAN
-Aktiviti perlombongan bijih yang menggunakan pancutan air akan menyebabkan air mengalir di permikaan tanah dan akan menggalakkan hakisan di permukaan tanah. Proses ini akan meningkat dengan ketiadaan pokok di kawasan perlombongan.

5)AKTIVITI PELANCONGAN
-Aktiviti pelancongan akan menyebabkan kawasan cerun bukit di tepi pantai yang ditarah dan diratakan untuk pembinaan resort dan hotel akan menyebabkan perumukaan cerun bukit terdedah secara langsung hakisan percikan air hujan terus ke permukaan bumi dan menyebabkan hakisan larian air permukaan berlaku .

(b) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kadar hakisan permukaan tanih.(12)

LANGKAH PERUNDANGAN
1)PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
-Perlaksanaan hukuman seperti denda, kompaun , membatalkan lesen/permit , operasi dan lain-lain kepada individu terlibat melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan hakisan tanah seperti pembalakan haram.

2)PENGUATKUASAAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974
-Merupakan satu akta berhubung dengan mencegah, menghapus, megawal pencemara dan membaiki alam sekeliling. Oleh itu, akta ini perlu dikuatkuasakan  agar tindakan boleh diambil kepada mereka yang memusnahkan alam sekitar seperti hakisan

3)MEMPERKASAKAN LAPORAN EIA
-

3 (a) Jelaskan proses-proses hakisan ombak di zon pinggir pantai.(12)

(b) Bincangkan pelbagai faktor yang mempengaruhi kecerunan sesebuah cerun pantai.(12)

942/1 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA ( BAHAGIAN B)

Soalan :1
a) Apakah yang dimaksudkan konsep penduduk sebagai sumber ?
1.sumber manusia, tenaga buruh, penduduk
2.memiliki kesihatan fizikal yang baik
3.tahap pendidikan dan kemahiran, keterbukaan, mobiliti dan kemenjadian

b) Bagaimanakah aspek umur dan jantina mempengaruhi aktiviti ekonomi penduduk
sesebuah negara?
1.golongan muda
ramai tidak produktif dari segi ekonomi, masih belajar, ditanggung aset, pelapis, tenaga buruh , kepakaran, masa hadapan tenaga buruh, anggota keselamatan dan ketenteraan

2.golongan dewasa
ramai tenaga kerja produktif, tenaga, buah fikiran, kemahiran,pelbagai bidang ekonomi

3.golongan tua ramai tidak produktif dari segi ekonomi/ bersara lanjutan kontrak kerja, kepakaran dan kemahiran masih diguna pakai.

4.jantina lelaki keperluan sektor ekonomi tenaga fizikal yang kuat dan tahan lasak,pertanian, perlombongan, pembinaan

5.jantina perempuan keperluan sektor ekonomi yang tidak mengunakan kudrat
fizikal, seperti sektor perkhidmatan.

c) Terangkan bagaimana untuk menghasilkan modal insan berkualiti.

1.Pembangunan institusi pendidikan
-pra sekolah, sekolah menengah rendah dan atas, pendidikan tinggi, melahirkan kadar literasi masyarakat

2.Perkasakan pendidikan teknik dan vokasional
Pelajar cemerlang diberi kemahiran teknik danvakasional, pendidikan tinggi dan lanjutan
bagi megelak keciciran, pelajar kurang cemerlang, diberi kemahiran bengkel dan vokasional.

3.Dasar Kerajaan
- Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, pendidikan abad ke-21, pelajar inovatif dan kreatif sesuai dengan pasaran kerja semasa

4.Literasi dan kemahiran teknologi maklumat
-era globalisasi mernerlukan tenaga buruh,bemahiran dan kepakaran ICT, penguasaan Bahasa Inggeris,

5.Latihan berterusan 
kursus dalaman, program, pertukaran tenaga buruh ke luar negara, pemindahan ilmu teknologi, melahirkan tenaga buruh berpengetahuan (k-workers)

6.Perkembangan Institusi kesihatan
-memudahkan rakyat mendapat akses penjagaan kesihatan daripada klinik dan hospital berhampiran

7. R&D 
-perubatan penyelidikan ubatan, kawalan penyakit berjangkit, dan rawatan penyakit kronik

8.Teknologi perubatan moden
- vaksin baru, ubatan, teknologi pembedahan, rawatan kanser, kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit

9.Kempen 
- Kempen melalui media massa, amalan, gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti senaman, sukan, riadah dan reakreasi

Soalan : 2
a) Terangkan bagaimana penduduk bertindak sebagai agen perubahan alam sekitar fizikal
di sesuatu kawasan?

1.AKTIVITI PERTANIAN
peneresan bukit, air larian permukaan laju, hakisan, galirgalur, tanah runtuh

2.AKTIVITI PERLOMBONGAN
-pancutan air ke tanah tinggi, perlombongan bibih timah dan tembaga, air sungai keruh, berkelodak dan berwarna

3.AKTIVITI PEMBALAKAN
- Kepupusan biodiversiti, ekosistem, habitat hutan terjejas

4.AKTIVITI PERIKANAN
- Penggunaan bom, racun, pukat tunda di pinggir pantai, kepupusan hidupan marin

5.AKTIVITI PERINDUSTRIAN
- bebas asap, debu, habuk, gas berbahaya, CFC, karbon dioksida, pencemaran udara, jerebu, pulau haba

6.AKTIVITI PEMBANGUNAN
- Pembangunan tanah dan pembinaan menyebabkan  peneresan bukit, kawasan tadahan hujan musnah, isipadu akuifer kurang, mata air terjejas

7.AKTIVITI PENGANGKUTAN
- Pembebasan asap dan gas berbahaya, karbon dioksida, korbon monoksida, sulfur, menjejaskan keseimbangan gas di atmosfera

8.AKTIVITI PELANCONGAN
- pembuangan sisa kumbahan hotel, resort, sampah sarap pelancong mencemarkan pantai dan perairan pantai dan sungai

9.AKTIVITI PENTERNAKAN
- penyaluran sisa kumbahan ladang ternakan babi, sungai, tasik tercemar, berkelodak, berminyak, warna hitam dan kurang oksigen dalam air

b) Huraikan impak positif pembangunan sesuatu kawasan terhadap persekitaran manusia.

1.Kegiatan ekonomi dipelbagaikan sektor pertanian beralih kepada sektor perindustrian, perkhidmatan dan perniagaan dll.
2.Peluang pekerjaan Peluang pekerjaan terbuka, mudah dan banyak dalam pelbagai sektor ekonomi
3 Peningkatan kemudahan sosial Institusi pendidikan, institusi kesihatan, sukan dan reakreasi
Peningkatan kemudahan perkhidmatan kerajaan , balai polis, bomba, Rela, JPAM dll.-
4 Kemudahan jaringan pengangkutan/komunikasi Kemajuan jaringan sistem pengangkutan darat, udara dan air. Pembinaan menara telekomunikasi, liputan telefon dan internet berkelajuan tinggi dan meluas liputan
5.Pertambahan kawasan petempatan Kawasan perumahan baru, persekitaran bersih, selesa dan aman
6. Peningkatan kualiti hidup Tahap pendidikan dan kesihatan meningkat, berpendapatan tetap, lumayan dan kuasa beli tinggi.
7. Peningkatan teknologi Pembauran inovasi, maklumat,ICT, R&D meningkat
8. Peningkatan infrastruktur asas peningkatan bekalan air bersih mencukupi, bekalan elektrik 24 jam dan bahan bakar mencukupi.
ix Keterbukaan pemikiran mudah menerima idea dan pandangan, terbuka, kreatif dan inovatif

Soalan : 3
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep pertumbuhan penduduk.
-perubahan jumlah penduduk ( pertambahan atau pengurangan) jumlah penduduk sesebuah Negara bagi satu tempoh tertentu.

(b) Terangkan bagaimana kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan moden mempengaruhi
kadar pertumbuhan penduduk?
i Kemudahan sosial hospital, klinik, balai polis, bomba- kemudahtersampaian
ii. Ubatan moden vaksinasi, ubat cegah penyakit dan rawat penyakit,vitamin
iii. Teknologi dan peralatan peralatan kelahiran pembedahan, memudah kelahiran songsang
iv Kajian perubatan peluang dan alternatif, penyakit, kurangkan risiko kematian bayi
v.Kawalan penyakit mengurangkan kematian bayi dalam kandungan, penyakit kuning bayi, cacar,
vi Kempen amalan baik penjagaan kesihatan kepada ibu mengandung, penjagaan bayi, penyusuan ibu
vii. Penyebaran maklumat maklumat tentang kesihatan, penjagaan bayi, penyusuan ibu, gejala penyakit bayi, melalui risalah, media massa.

(c) Huraikan tiga kesan negatif akibat pertumbuhan penduduk yang pesat di sesebuah
negara
i.pengangguran golongan muda yang terlalu ramai sebagai pelapis/aset untuk mengantikan golongan bersara, mati
ii. Kemiskinan anak ramai, kos hidup meningkat, bandar
iii Kekurangan kemudahan asas kemudahan elektrik, air bersih dan bahan bakar tidak mencukupi-kawasan setinggan-bandar, luar bandar
iv Masalah sosial, jenayah peningkatan kes-kes juvana, gejala penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, ragut, mencuri, zina, sumbang mahram, pelacuran bawah umur
v Persaingan guna tanah petempatan, premis kedai, pejabat, infrastuktur asas dan sosial
vi Pencemaran alam sekitar pencemaran air, sisa kumbahan najis , kediaman, kedai ke dalam sungai.

Soalan : 4
a) Huraikan faktor yang mempengaruhi berlakunya proses penuaan di sesebuah negara
a)i Kadar kematian menurun jangka hayat meningkat, taraf kesihatan meningat, ramai
orang tua
ii Kemajuan perubatan moden program vaksinasi, kawalan penyakit berjangkit, rawatan
penyakit kritikal, menggunakan peralatan dan ubatan
moden
iii Pemakanan berzat dan seimbang amalan pemakanan seimbang mengikut nutrisi piramid
makanan
iv Kesedaran penjagaan kesihatan amalan gaya hidup sihat, tidak merokok, bersenam,
makanan seimbang
v Peningkatan kualiti hidup pendapatan tetap dan lumayan, kuasa beli meningkat,
khasnya dalam penjagaan kesihatan, insuran hayat dan penyakat, rawatan pakar
vi Pesekitaran kondusif dan selesa persekitaran bersih, bebas penjagaan, udara segar, kurang,
kurang risiko penyakit kritikal, jantung, darah tinggi dan kanser

b) Bincangkan kesan proses penuaan penduduk terhadap pembangunan sosioekonomi Malaysia.
i.Peluang pekerjaan terjejas tawaran jawatan baru kurang, peluang kenaikan pangkat
terjejas
ii Nisbah tanggungan meningkat orang dewasa dan kerajaan , menanggung kos penjagaan,
rawatan, kebajikan
iii Kos rawatan meningkat semakin tua semakin banyak penyakit
iv Bajet kerajaan meningkat kos penjagaan, pengurusan, kebajikan dan pencen
v Keruntuhan nilai akhlak pengabaian tanggung jawab jaga ibu bapa tua, hantar ke
rumah kebajikan
vi Bekalan tenaga pakar Ramai golongan profesional dan pakar, pensyarah, doktor
masih berkhidmat
vii Institusi keluarga dieratkan dengan nasihat dan pandangan orang tua / ibu
bapa
viii Kesimpulan.

Soalan 5
a ) Bagaimanakah pertumbuhan penduduk yang tinggi menyebabkan berlakunya kemerosotan
daya tampung pelbagai jenis sumber alam di sesebuah kawasan?

 i. Kemerosotan sumber-sumber mineral
Eksploitasi sumber mineral secara berlebihan untuk memenuhi keperluan penduduk menyebabkan berlakunya kepupusan sumber mineral. Contohnya petroleum dan arang batu.

ii. Kemerosotan sumber hutan
Pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan kawasan hutan dimusnahkan bagi pembinaan petempatan. Kawasan hutan semakin sempit dan berlakunya kemerosotan sumberhutan

iii. Kemerosotan sumber tanah
Pertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan penggunaan tanah pertanian secara intensif bagi memenuhi keperluan bekalan makanan. Penggunaan tanah pertanian secara intensif
menyebabkan tanah kehilangan nutrien dan berlakunya kemerosotan kesuburan tanah.

iv. Kemerosotan sumber-sumber makanan
Kuantiti dan kualiti sumber makanan seperti sumber pertanian dan perikanan terjejas. Eksploitasi terpaksa dibuat bagi menampung pertambahan penduduk yang ramai.

v. Kemerosotan sumber udara
Kadar Pencemaran meningkat akibat pertambahan kenderaan, industri dan pembakaran terbuka. Pertambahan kenderaan membebaskan bahan pencemar seperti karbon monoksida dan
bahan terampai pm10.

vi. Kemerosotan sumber marin
berlaku disebabkan eksploitasi /kegiatan sumber perikanan secara berlebihan tanpa kawalan , tumpahan minyak, pencemaran sisa-sisa industri, sisa domestik dan sisa kumbahan
yang dialirkan ke laut.

vii. Mengawal pencemaran udara
Pencemaran udara dapat dikawal melalui pemasangan alat penapis asap pada cerobong asap kilang dan ekzos kenderaan bagi mengurangkan pembebasan asap.Mengurangkan penggunaan bahan api fosil bagi mengurangkan pembebasan gas karbon monoksida dengan membangunkan sumber tenaga
gantian.

b ) Jelaskan langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi mengurangkan masalah
kekurangan sumber alam.
i. Mengawal tanah runtuh dan hakisan
dapat dikurangkan melalui penanaman tanaman tutup bumi untuk mengukuhkan tanah.Membuat sungkupan di cerun bagi melindungi tanah daripada hujan dan membina tembok konkrit di cerun untuk mengelakkan tanah runtuh.

ii. Mengawal pencemaran air 
melalui kaedah merawat sisa kumbahan sebelum dilepaskan ke dalam sistem saliran .Di samping itu langkah memasang perangkap sampah di dalam sungai membolehkan sampah dikutip dengan mudah.

iii. Mengawal flora dan fauna
Melalui aktiviti penanaman semula hutan di kawasan pembalakan, mengadakan rawatan sivilkultur bagi merawat anak pokok tang tercedera dan mengadakan penebangan terpilih bagi memastikan pokok yang matang sahaja ditebang.

iv. Mengurangkan peningkatan suhu
melalui penanaman semula hutan untuk menyerap gas karbon dioksida. Pembangunan tenaga mesra alam seperti tenaga solar, tenaga elektrik dan tenaga angin dapat mengurangkan peningkatan suhu kerana tenaga ini tidak mengeluarkan gas yang boleh meningkatkan suhu dunia.

Soalan 6:
a)  Apakah yang dimaksudkan Transformasi Desa
-Sebuah kawasan luar bandar yang mengalami perubahan sosio-ekonomi dan fizikal menjadi kawasan yang maju dan moden

b)  Jelaskan petunjuk yang menunjukkan transformasi desa berlaku pada sesuatu
kawasan.
i. Pendapatan penduduk meningkat, taraf hidup meningkat
ii. Kualiti pendidikan Peratusan celik huruf meningkat, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi
iii. Kemudahan asas Bertambah
iv. Darjah ketersampaian Meningkat dan makin padat
v. Kemudahan sosial Pendidikan, kesihatan, pusat kemahiran
vi. Kuasa beli Tabungan, pemilikan harta
vii. Perubahan jenis pekerjaan Primer- sekunder- tertier
viii. Perumahan Taman perumahan bertambah
ix. Perubahan gaya hidup Lebih moden
x. Peningkatan peluang pekerjaan ,Peluang pekerjaan dalam pelbagai sekotor ekonomi
xi. Peningkatan penggunaan teknologi , Penggunaan alatan elektronik/ gajet semakin meningkat

c) Terangkan kesan negatif proses pembangunan desa terhadap alam sekitar fizikal

i. Pertambahan lot\ perniagaan/kedai Pencemaran air, bau
ii. Pertambahan kawasan IKS Pencemaran Udara
iii. Pertanian berkolompok Pencemaran air, udara
iv. Pertambahan perkhidmatan Kesesakan , pencemaran udara
v. Pertambahan akuakultur Perubahan landskap
vi. Pertambahan petempatan Pencemaran sisa domestik
vii. Perikanan Pencemaran laut

Soalan 7:
a) Analisakan masalah pembandaran yang pesat dihadapi oleh penduduk Bandar dan alam sekitar Bandar. [12]
i. Masalah pengangguran dan kemiskinan bandar. 
persaingan mencari pekerjaan antara buruh asing / migran dengan penduduk tempatan akan meningkat dan sesetengah penduduk akan menganggur serta mengakibatkan kemiskinan berlaku.

ii. Masalah rumah setinggan 
tidak berkemampuan menbeli rumah atau menyewa rumah terpaksa mendirikan rumah setinggan di meratarata tempat

iii. Masalah sosial 
masalah sosial yang selaku dilakukan ialah kes jenayah seperti merompak, meragut, mencuri, menculik dan lainlain.

iv. Kesekan lalulintas 
bilangan kenderaan di atas lalu lintas akan bertambah kerana pertumbuhan penduduk bandar.

v. Masalah pencemaran alam sekitar
Pencemaran udara akibat daripada pelepasan karbon monoskida dari kenderaan bermotor; Pencemaran air akibat daripada sisa makanan domestik bandar dan sisa kilang.

vi. Pencemaran sampah sarap 
Bahan pembuangan sampah sarap semakin bertambah akibat daripada sikap penduduk bandar dan kelemahan pengurusan sampah.

vii. Banjir Kilat 
Permukaan bumi bandar ditar, dikonkrit dan disimenkan. Hal ini akan mengurangkan susupan air hujan dan menyebabkan kuantiti air semakin banyak dan tidak sempat mengalir ke dalam parit / longkang.

b) Cadangkan langkah penyelesaian masalah pembandaran yang pesat dihadapi
oleh penduduk bandar dan alam sekitar bandar. [10]

i. Pertumbuhan ekonomi bandar
Pertambahan peluang pekerjaan untuk mengurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan bandar

ii. Pembangunan desa Pengurangan migran dari desa.
Program pembangunan wilayah seperti FELDA, KEJORA, KETENGAH, DARA, JENGKA dan lain-lain telah menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setampat dan buruh asing.

iii. Rumah kos rendah Pembinaan rumah kos rendah seperti PR1MA (rumahku, komunitiku); perumahan rakyat 1 Malaysia untuk menampung masalah ketidakmampuan membeli rumah di
bandar.

iv. Keselamatan Penduduk Rondaan dan pemantauan oleh polis untuk mengurangkan kes kes jenayah.

v. Peningkatan kemajuan pengangkutan yang cekap Penyediaan sistem pengangkutan yang cekap dan maju seperti LRT, Monorel dan penambahan sistem pengangkutan awam untuk mengurangkan masalah kesesakan lalulintas.

vi. Pengurusan alam sekitar yang cekap di bandar Majlis Daerah Tempatan perlu mengawal selia dan
memantau aktiviti penduduk dalam pembuangan sampah sarap.

vii. Penguatkuasaan undang undang
PBT harus menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat agar penduduk dapat mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Hukuman akan diberikan kepada sesiapa yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti denda/kompaun, menyitar premis, membatalkan
lesen operasi kepada sesiapa yang melanggar peraturan.

viii. Pengurusan sampah sarap
yang lebih sistematik sistem pungutan sampah dan pelupusan sisa pepejal/sampah secara sistematik dan berjadual di tapak pelupusan yang khas dan jauh dari kawasan petempatan. Pihak kerajaan juga boleh menyediakan tong-tong sampah dan pusat pungutan bahan di kawasan penempatan untuk kitar semula.

ix. Sistem pembentungan yang cekap di bandar. 
Pembinaan rawatan loji kumbahan dengan teknologi yang terkini Sistem pelupusan sisa kumbahan dan sistem pembetungan yang cekap dapat mengurangkan masalah penyumpatan sistem peparitan dan longkang. Keadaan ini boleh mengurangkan masalah banjir kilat.

Soalan 8 
Jelaskan cadangan-cadangan bagi memajukan kegiatan ekonomi di kawasan peta 1.

i. Pengurusan pertanian –
pertanian bersepadu Tanaman diusahakan secara / ala mini estetTanah-tanah kebun kecil disatukan.

ii. Kemudahan infrastuktur
pertanian dibangun dan diperlengkapkan Sistem pengairan,pengangkutan, pusat-pusat pengumpulan,penyimpanan, pengedaran, dan pemasaran hasil di bangunkan diperlengkap bagi setiap kampung.

iii. Dana dan kemudahan kredit 
Menyediakan dana dan kemudahan kredit kepada peta petani oleh Agro Bank dengan tujuan membantu petani miskin di samping mewujudkan usahawan tani yang berdaya maju di seluruh kampung dalam peta.

iv. Memberi kemudahan subsidi untuk para petani dan pengusaha
Memberi kemudahan subsidi kepada para petani dan usahawan. Contoh; subsidi baja kimia, racun serangga dan subsidi. harga oleh LPP

v. Sistem pemasaran yang lebih cekap
Sistem pemasaran yang cekap oleh FAMA, MARDEC dan BERNAS diwujudkan bagi mengawal harga hasil pertanian melalui mekanisme kawalan harga yang stabil

vi. Penyelidikan dan pembangunan R & D
diwujudkan untuk menghasilkan benih-benih baru yang bermutu tinggi, tahan perosak, dan penyakit.
Contoh; hasil R & D oleh MARDI, RRIM

(c) huraikan dua faktor yang mempengaruhi keberkesanan hakisan alur sungai.(4)

1.KECERUNAN (gradient)
Di kawasan cerun curam halaju air sungai akan bertambah. Oleh itu tenaga kinetik dan keupayaan akan bertambah dan akhitnya hakisan sungai mengjadi giat.

2.BENTUK ALUR.
Bentuk alur sungai yang lurus menjadikan hakisan menegak atau mendalam lebih giat. Oleh itu, tebing alur sama ada dikir dan kanan akan mengalami hakisan pada kadar yang sama. Sementara alur yang berliku menyebabkan hakisan tebing atau melebar lebih giat terutama di tebing cekung alur sungai.

3.ISIPADU AIR.
A/p isi padu air bertambah khususnya semasa hujan lebat, maka tenaga keupayaan akan bertambah dan akan meluaskan lagi kawasan hakisan.

4.JENIS BATUAN
-Batuan yang lembut lebih mudah dihakis seperti batu kapur dan dolomit di mana hakisan larutan lebih giat. Sementara batuan yang keras seperti batu granit dan gabro amat tahan untuk diuraikan.

5. BAHAN MUATAN
- Bahan muatan yang banyak di bawa oleh air sungai akan menggalakkan lagi proses hakisan geseran tebing sungai kerana ia amat mempengaruhi keberkesanan proses pelanggaran sesama bahan muatan sungai.

6.TIADA HALANGAN.
-Tiada halangan batuan di tengah atau tebing sungai akan memudahkan hakisan sungai. BEgitu juga sekiranya tiada tumbuhan di tebing sungai maka tiadalah cengkaman akar dan ini memudahkan hakisan sungai berlaku.


Comments

Popular Posts