BAHAGIAN A (FIZIKAL)
Contoh soalan dan jawapan:
(a) Terangkan perbezaan antara pengeluar dengan pengguna?
[4M]
(b) Bagaimanakah peningkatan suhu mempengaruhi ekosistem hutan.
[6M]
Jawapan Soalan 1a
ISI HURAIAN
a1 Pengeluar Menghasilkan makanan sendiri
a2 Pengguna Mendapatkan makanan daripada pengguna lain
Jawapan Soalan 1b
ISI HURAIAN
b1 Bahangan melampau Sejatan meningkat –kelembapan/air kurang
b2 Kemusnahan habitat Tiada tempat untuk mencari makanan/membiak
b3 Spesies flora dan fauna Hilang atau pupus
b4 Rantaian makanan Terganggu atau musnah jejas ekosistem
Soalan 2
a) Nyatakan dua bioderversiti utama dalam hutan.
[2M]
b) Jelaskan dua kesan tumbuh-tumbuhan dalam ekosistem hutan.
[4M]
c) Huraikan kesan penyahutanan terhadap kitaran hidrologi.
[4M]
Jawapan soalan 2a
ISI HURAIAN
a1 Flora Kumpulan tumbuh-tumbuhan
a2 Fauna Kumpulan hidupan/haiwan
Jawapan Soalan 2b
ISI HURAIAN
b1 Habitat Tempat tinggal haiwan/hidupan dalam hutan
b2 Fotosintesis Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen
b3 Sumber makanan Untuk semua pengguna
b4 Menyerderhanakan suhu Membebaskan wap air semasa proses respirasi
Jawapan Soalan 2c
ISI HURAIAN
c1 Kerpasan kurang Sumber air dari proses perpeluhan tidak berlaku
c2 Larian air permukaan meningkat Resapan tidak berlaku-rongga-rongga tanah tertutup
c3 Kurang proses pintasan Hujan tidak melalui kanopi pokok
c4 Peningkatan kadar sejatan Haba matahari terus sampai ke permukaan tanah
Soalan 3
a) Huraikan dua komponen asas dalam ekosistem paya air tawar.[4M]
b) Huraikan bagaimana aktiviti manusia menyebabkan keseimbangan ekosistem paya air tawar terganggu. [6M]
Jawapan soalan 3a
ISI HURAIAN
a1 Biotik Benda-benda hidup seperti ikan, berudu, tumbuhan
a2 Abiotik Benda bukan hidup seperti air, udara, tanih, tenaga suria
Jawapan soalan 3b
ISI HURAIAN
b1 Pembalakan - Habitat musnah
b2 Aktiviti Perikanan Ancam spesies- kurang atau pupus
b3 Pertanian Racun dan baja –larutan mengalir masuk ke paya
b4 Perumahan Buangan sisa domestik
b5 Perindustrian Sisa-sisa toksid dibuang ke dalam paya
Contoh soalan dan jawapan:
Soalan 1
Berdasarkan gambar di atas,
(a) Apakah kesimpulan anda berkaitan dengan fenomena yang berlaku dalam gambar tersebut?
[2M]
(b) Jelaskan dua kesan fenomena (a) terhadap sistem geomorfologi. [4M]
(c) Huraikan dua amalan pemeliharaan hutan di Malaysia. [4M]
Jawapan soalan 1a
ISI HURAIAN
a1 Fenomena penyahutanan/
kemusnahan hutan secara besar-
besaran/ pembalakan besar – besaran
Menyebabkan gangguan/ kerosakan ekosistem/
kemusnahan habitat/ siratan makanan/ peningkatan
suhu/merosakkan kepalbagaian biologi.
Jawapan soalan 1b
ISI HURAIAN
b1 Peningkatan kadar luluhawa Pendedahan tanah kepada unsur cuaca
b2 Peningkatan kadar hakisan tanah Kesan larian air pemukaan dan percikan air hujan
menyebabkan peningkatan sedimentasi dan kehilangan
kesuburan tanah.
b3 Peningkatan kadar pergerakan jisim Kurang cengkaman akar menyebabkan kegagalan cerun.
Jawapan soalan 1c
ISI HURAIAN
c1 Kaedah perundangan/akta perhutanan Mengekalkan hutan/warta hutan sebagai hutan simpan/ denda/ kompaun.
c2 Penebangan terpilih Pokok yang sudah matang sahaja.
c3 Penebangan pusingan/polikitar Tempoh tertentu contohnya 30 tahun atau ikut lot.
c4 R&D Teknologi, inovasi atau teknik baru untuk tujuan
pencegahan/ pemeliharaan sumber hutan.
c5 Kempen kesedaran Melalui media massa – pengekalan hutan.
Soalan 2
(a) Apakah perbezaan antara biosfera dengan hidrosfera?[2M]
(b) Huraikan dua impak kemusnahan hutan terhadap sistem hidrologi.[4M]
(c) Bagaimanakah peningkatan suhu mempengaruhi ekosistem hutan? [4M]
Jawapan soalan 2a
ISI HURAIAN
a1 Definsi Biosfera merujuk kepada hidupan iaitu tumbuhan,
haiwan, manusia dan mikroorganisma di bumi.
Manakala, hidrosfera merujuk kepada sumber air yang
terdapat di bumi seperti air di bawah tanah, di
permukaan bumi (tasik, sungai, laut) dan atmosfera.
Jawapan soalan 2b
ISI HURAIAN
b1 Proses transpirasi kurang berlaku Kelembapan udara rendah.
b2 Sejatan tinggi Mengurangkan simpanan air tanih.
b3 Kadar pintasan tumbuhan rendah Air larian permukaan meningkat.
b4 Sejat peluhan kurang Udara kering dan mengurangkan hujan.
Jawapan soalan 2c
ISI HURAIAN
c1 Bahangan melampau Kemusnahan habitat dan sumber makanan.
c2 Kelembapan kurang Kepupusan spesies flora dan fauna.
c3 Sejatan meningkat Kemusnahan/gangguan rantaian makanan.
Soalan 3
a) Bagaimanakah kitaran hidrologi mempengaruhi proses pengukiran bentuk muka bumi?[3M]
b) Terangkan bagaimana angin monsun timur laut mempengaruhi kejadian banjir di Malaysia. [3M]
c) Jelaskan dua kesan banjir terhadap persekitaran fizikal. [4M]
Jawapan soalan 3a
ISI HURAIAN
a1 Air hujan dan air larian permukaan
hakisan. Akan menjalankan proses hakisan percikan/hakisan permukaan tanah seperti hakisan beralur dan tidak
beralur yang menyebabkan berlakunya proses pengukiran dan penggondolan tanah di permukaan bumi.
Jawapan soalan 3b
ISI HURAIAN
a2 Angin dari laut-kelembapan tinggi. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dari Laut China Selatan membawa tiupan angin yang kuat dan kadar kelembapan yang tinggi menghasilkan hujan lebat berterusan dan menyebabkan banjir berlaku.
Jawapan soalan 3c
ISI HURAIAN
c1 Pencemaran air Kekurangan air bersih
c2 Gangguan/kemusnahan habitat Kemusnahan tempat tinggal haiwan.
c3 Kemusnahan flora dan fauna Rantaian makanan terganggu.
c4 Permukaan yang terhakis Ketidakstabilan cerun.
c5 Pemendapan tanah Berlaku di kawasan pertanian.
Soalan 4
a) Huraikan tiga kesan letusan gunung berapi terhadap sistem fizikal. [6M]
b) Jelaskan dua kesan positif letusan gunung berapi terhadap kehidupan manusia. [4M]
Jawapan soalan 4a
ISI HURAIAN
a1 Atmosfera Debu gunung berapi menyebabkan udara akan
tercemar.
a2 Biosfera Aliran lava memusnahkan flora dan fauna dan
menyuburkan tanah.
a3 Litosfera Aliran lava dan debu gunung berapi akan mengubah landskap permukaan bumi.
a4 Hidrosfera Sumber air akan tercemar oleh aliran lava dan debu
gunung berapi.
Jawapan soalan 4b
ISI HURAIAN
b1 Pertanian Tanah yang subur untuk aktiviti pertanian seperti lava
bes
b2 Pelancongan Kawasan pelancongan yang unik dengan pelbagai
bentuk muka bumi seperti kawah gunung berapi.
b3 Perindustrian Membekalkan sulfur
b4 Tenaga Penjanaan/alternatif tenaga geoterma di kawasan gunung berapi.
Soalan 5
a) Jelaskan peranan sistem hidrologi dalam membangunkan keperluan kehidupan manusia.[4M]
b) Bagaimanakah aktiviti manusia menyebabkan kegagalan cerun berlaku?[6M]
Jawapan soalan 5a
ISI HURAIAN
a1 Sumber bekalan air Bekalan air domestik dan industri/pertanian/perlombongan.
a2 Sumber tenaga Penjanaan kuasa elektrik hidro.
a3 Sumber protein Hasil ikan dan hidupan akuatik yang lain.
a4 Riadah Aktiviti sukan air/berkelah/pelancongan.
a5 Pengangkutan Mengangkut barangan dan penumpang.
Jawapan soalan 5b
ISI HURAIAN
b1 Pembinaan Penarahan dan pemotongan lereng bukit menyebabkan
struktur tanah longgar dan tidak stabil.
b2 Aktivit Pertanian di tanah tinggi menyebabkan lereng bukit
akan diratakan dan digondolkan untuk pertanian dan boleh menyebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh.
b3 Perlombongan kuari Proses letupan akan menyebabkan gegaran yang
menyebabkan struktur cerun bukit longgar dan lemah. Akhirnya berlaku tanah runtuh.
b4 Pembalakan Penebangan hutan di lereng bukit menyebabkan tanah
gondol. Struktur tanah menjadi longgar menyebabkan
tanah runtuh.
Comments
Post a Comment