Skip to main content

Featured

944/2 EKONOMI KONSEP

BAB 2 : PERAKUNAN PENDAPATAN NEGARA PENDAPATAN NEGARA -Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara dalam tempoh setahun. KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) Jumlah nilai barang akhir dan prekhidmatan yang dikeluarkan di dalam sesbuah negara oleh faktor pengeluaran milik negara atau milik negara asing dalam setahun KELUARAN NEGARA KASAR (KNK) -Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara berada dalam negara dan diluar negara PENDAPATAN FAKTOR BERSIH DARI LUAR NEGARA (PFBLN) -Perbezaan antara nilai penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negara dengan nilai pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara KELUARAN NEGARA BERSIH(KNB) -Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara setelah ditolak susut nilai. KNK NOMINAL -Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dihitung berdasarkan tingkat harga tahun sem

HANYUTAN BENUA

g) menghuraikan taburan dan bukti kejadian hanyutan benua.

i) Taburan benua mengikut Teori Hanyutan Benua

- 200 - 225 juta tahun yang lalu

Kira- kira 200 juta tahun lampau terdapat hanya satu benua di permukaan bumi dikenali sebagai Pangea. Pangea dikelilingi oleh sebuah lautan purba yang dikenali sebagai Panthalassa (merupakan lautan pasifik hari ini )

- 180 - 200 juta tahun yang lalu

Pangea ini kemudiannya berpecah menjadi dua benua dan bergerak secara perlahan-lahan meninggalkan antara satu sama lain.Membentuk beua Laurasia di hemisfera utara dan Gondwanaland di hemisfera selatan.

- 135 juta tahun yang lalu

Proses hanyutan benua telah berlaku dengan lebih giat.

Pada masa ini, benua Amerika Selatan mula bergerak meninggalkan Afrika dan benua kecil India pula hanyut ke arah utara menghampiri benua Asia. Benua Australia bergerak ke arah timur dan berpisah daripada Antartik.

- 65 juta tahun yang lalu

Proses hanyutan benua berlaku dengan lebih serius. Pada masa ini Amerika Selatan bergerak lebih jauh meninggalkan benua Afrika. Benua Afrika hanyut 10 darjah ke arah timur dan menghampiri benua Asia.

Benua kecil India terus hanyut ke arah utara menghampiri benua Asia. Benua Australia terus bergerak meninggalkan lautan Atlantik.

- Sekarang

Pada masa ini benua Amerika Utara berpisah

  daripada benua Eropah. India telah bersambung dengan Asia, Amerika Utara dan Selatan bercantum semula.

Saki baki tanah daratan yang hanyut tertinggal lalu membentuk pulau-pulau atau gugusan pulau seperti Kepulauan Asia Tenggara, Madagascar, Hindia Barat dan Kepulauan Pasifik

Comments

Popular Posts