Skip to main content

Featured

944/2 EKONOMI KONSEP

BAB 2 : PERAKUNAN PENDAPATAN NEGARA PENDAPATAN NEGARA -Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara dalam tempoh setahun. KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) Jumlah nilai barang akhir dan prekhidmatan yang dikeluarkan di dalam sesbuah negara oleh faktor pengeluaran milik negara atau milik negara asing dalam setahun KELUARAN NEGARA KASAR (KNK) -Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara berada dalam negara dan diluar negara PENDAPATAN FAKTOR BERSIH DARI LUAR NEGARA (PFBLN) -Perbezaan antara nilai penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negara dengan nilai pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara KELUARAN NEGARA BERSIH(KNB) -Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara setelah ditolak susut nilai. KNK NOMINAL -Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dihitung berdasarkan tingkat harga tahun sem

942/1 GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL ( BAHAGIAN A) NOTA


942/1 GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL ( BAHAGIAN A) NOTA 

A)bukti yang menunjukkan bentuk bumi bulat sfera :
1. gambar bumi dari satelit- bumi berbentuk bulat sfera
2. semua planet dalam cakerawala berbentuk bulat sfera
3. garis pusat bumi (diameter) bumi besar di khatulistiwa (tengah) 12 760km,kecil di kutub (12 715km ).
4. Memerhati pelayaran kapal dari tengah lautan – badan kapal akan kelihatan sedikit demi sedikit semakin kapal itu menghampiri pantai.
5. Pelayaran kapal laut mengelilingi dunia akhirnya ia kembali ke tempat permulaannya.
6. Fenomena matahari terbit (fajar) dan matahari tenggelam ( senja ) membuktikan bumi bulat

Pergerakan bumi – berlaku melalui dua cara , iaitu :
i) Bumi berputar di atas paksinya ( sambil beredar mengelilingi matahari )
ii) Bumi beredar mengelilingi matahari sambil berputar di atas paksinya.

B) Menerangkan putaran bumi di atas paksinya yang condong dan peredarannya mengelilingi matahari.

1)Putaran Bumi di atas Paksinya ,Ciri-ciri/sifat putaran bumi di atas paksinya:
i) Mengambil masa 24 jam bagi satu pusingan
ii) Dari arah Barat ke arah Timur
iii) Mengambil masa 1 jam bagi setiap 15ºg/bujur

2)Peredaran Bumi Mengelilingi Matahari , Ciri-ciri /sifat perdaran bumi di atas orbitnya :
i) Mengambil masa 365 ¼ hari bagi satu pusingan
ii) Dari arah barat ke timur
iii) Beredar di atas orbit yang bujur (elips)

C) kesan putaran dan peredaran bumi

1) Kesan putaran bumi di atas paksinya:
i) Menyebabkan kejadian siang dan malam
ii) Menyebabkan perbezaan waktu tempatan dan mewujudkan 24 zon waktu dunia
iii) Putaran bumi menghasilkan daya koriollis di

2) Kesan-kesan peredaran bumi :
i) Menyebabkan terjadinya empat musim di kawasan sederhana dunia, iaitu :
a) Musim dingin (November-Disember-Januari)
b) Musim bunga ( Februari-Mac-April)
c) Musim panas ( Mei-Jun- Julai )
d) Musim luruh (Ogos-September-Oktober)

ii) Menyebabkan panjang waktu siang atau malam yang tidak sama di kawasan sederhana dunia. Di HU waktu siang lebih pendek (kurang dari 12 jam ) antara bulan Nov-Dis-Jan  dan di HS waktu siang lebih panjang (lebih dari 12 jam )

iii) Menyebabkan fenomena gerhana matahari – peredaran bumi menyebabkan pada masa tertentu kedudukan bulan berada antara matahari dan bumi. Oleh itu cahaya matahari akan terlindung oleh bulan daripada sampai ke bumi.

iv) Menyebabkan fenomena gerhana bulan – peredaran bumi menyebabkan pada masa tertentu bumi berada di antara matahari dan bulan. Dengan itu cahaya matahari terlindung daripada sampai ke bulan.

kawasan khatulistiwa yang menyebabkan pembiasan aarah angin laizim. Di Hemisfera Utara pergerakan angin akan terbias ke kanan. Di Hemisfera Selatan pergerakan angin terbias ke kiri.

iv) Menyebabkan fenomena pasang surut air laut.

v) Perubahan kedudukan matahari : Nov-Dis-Jan matahari berada di Hemisfera Selatan ; Mei-Jun- Julai matahari nerada di Hemsifera Utara .

vi) Perubahan ketinggian matahari – pada masa solstis matahari lebih rendah di Garisan Sartan atau Jadi. Pada masa ekuinoks, kedudukan matahari lebih rendah di Khatulistiwa.

vii) Mewujudkan keadaan afelion ( jarak bumi- matahari paling jauh -152juta km)

viii) Mewujudkan keadaan perihelion ( jarak bumi- matahari paling dekat -147juta km )


D) Pengaruh musim dingin kepada aktiviti manusia di kawasan sederhana dunia :

1) Melakukan kerja memburu binatang untuk mendapatkan kulit   
–   dijual   untuk   industri   pakaian  musim  sejuk- dilakukan dalam musim dingin kerana daun pokok gugur mudah   mengesan  binatang  ;  permukaan  bumi  bersalji tebal menyukarkan pergerakan binatang ; bulu tebal

2) Mengadakan sukan musim sejuk 
– ski , luncur ais, binaan dari salji – contoh Olympik Musim Dingin

3) Mengurung ternakan lembu/kambing dalam kandang selama 2-3 bulan bagi mengelakkan cuaca sejuk- ternakan diberi makan dalam kandang

4) Sesi persekolahan /pengajian universiti bercuti – cuti penggal atau semester bersamaan dengan tempoh musim dingin – mengelakkan pelajar daripada cuaca sejuk dan kesukaran ke sekolah akibat timbunan glasier.

5) Rumah penduduk disediakan dengan “dapur pemanas” menggunakan pembakaran arang batu atau kayu untuk mengurangkan kesan cuaca sejuk dalam rumah.

F) kesan semulajadi di bumi ketika solstis musim dingin di HU :   
1.Masa siang lebih pendek – kurang dari 12 jam
2.Masa malam lebih panjang – lebih dari 12 jam     Wujud musim dingin
3.Kutub Utara mengalami malam 24 jam

G)kesan semulajadi di bumi ketika musim panas di HS :   
1.Masa malam lebih pendek – kurang dari 12 jam   
2.Masa siang lebih panjang – lebih dari 12 jam
3.Wujud musim panas
4.Kutub Selatan mengalami malam 24 jam

Punca tenaga :Tenaga berasal dari dua punca iaitu

1) TENAGA ENDOGENIK ( tenaga dari dalam bumi ) 
Tenaga endogenik termasuklah tenaga haba dalam bumi, tenaga magnetik/radiogenik , tenaga graviti, geoterma

2) TENAGA EKSOGENIK( tenaga dari luar permukaan bumi )   
Tenaga eksogenik termasuklah tenaga haba, kinetik, keupayaan

PERBEZAAN TENAGA ENDOGENIK DAN EKSOGENIK
- perbezaan bderdasar kepada punca, jenis dan pengaruhnya.



PERANAN DAN KESAN TENAGA SURIA

FIZIKAL
i) Tumbuhan
a) Kawasan haba matahari sederhana ( kws sederhanadunia ) ditumbuhi hutan konifer, hutan daun luruh dan hutan pine
b) Kawasan haba matahari tinggi ( kws panas – gurun ) ditumbuhi oleh hutan gurun dan hutan mediterranean
c) Kawasan khatulistiwa di tumbuhi oleh hutan hujan tropika dan hutan monsun tropika

2. Menentukan sifat-sifat tumbuhan/pokok :
a) Kws haba kurang/sejuk-daun pokok kecil dan berbentuk jarum – sukar memerangkap salji
b) Kws panas – daun pokok tebal,berduri dan berlendair untuk tahan kepada cuaca yang panas dan sejat peluhan yang tinggi.
c) Kws sejuk/tundra – pokok renek, lumut – berdaun keras untuk tahan kepada cuaca sejuk.
d) Membolehkan tumbuhan membuat makanan melalui proses fotosintesis

A) MANUSIA
1) AKTIVITI PERTANIAN
a) Kws haba tinggi –iklim Gurun ( suhu lebih 30°C) – tanaman tahan panas – kurma, zaitun
b)Kws haba rendah – iklim Tundra / Sejuk ( suhu antara 10°C - 20°C) – iklim sederhana sejuk – tanaman hawa sederhana – gandum , barli, buah2an siterus ( anggur, epal, limau , strawberi, berri, apricot

2) AKTIVITI PELANCONGAN
a) Kawasan panas/ haba tinggi aktiviti pelancongan sepanjang tahun . Aktiviti berjemur di pantai , sukan pantai ( bola sepak pantai, bola tampar pantai ), snoklin, payung terjun , layang-layang .
b) Kawasan sejuk – aktiviti pelancongan mengikut musim. Pelancongan giat dalam musim bunga dan musim panas. Musim dingin – aktiviti sukan musim dingin seperti ski, luncur ais.

3)AKTIVITI PEMBALAKAN
1. Di kawasan tropika – haba matahari tinggi sepanjang tahun – pembalakan dapat dijalankan sepanjang tahun
2. Di kws sederhana dunia – penebangan balak dijalankan dalm musim dingin – daun pokok gugur, getah pokok beku – memudahkan kerja menebang. Salji tebal memudahkan kayu balak ditarik ke tebing sungai. Bila musim panas – sungai cair – kayu balak dihanyutkan melalui sungai ke kilangan papan.

4)AKTIVITI HARIAN
1. Dalam musim panas dan musim luruh penduduk menjalankan kegiatan pertanian bijirin .
2.Dalam musim dingin pertanian dijalankan dalam rumah kaca .
3.Pekerjaan memburu binatang untuk bulu dan kulit dijalankan dalam musim dingin kerana salji tebal menyukarkan pergerakan haiwan ; daun pokok gugur memudahkan pencarian haiwan.

5)TENAGA ALTERNATIF
Penghasilan tenaga elektrik – haba dan cahaya matahari yang banyak membolehkan manusia menjana tenaga elektrik suria untuk kegunaan di rumah, pejabat, sekolah dan jalan raya.

6)AKTIVITI PERINDUSTRIAN
IKS( Industri Kecil Sederhana ) :
1.membuat makanan tradisional –menjemur ikan kering, bihun, laksa, belacan
2.Industri kain batik tulis tangan – menjemur kain batik yang siap dicorakkan/dilukis
3.Mengeringkan bahan mentah seperti getah keping, biji kopi, daun teh, biji koko dan kelapa kering.
4.Mempengaruhi industri binaan – memerlukan haba matahari untuk mengeringkan simen / konkrit dengan lebih cepat

7)ASPEK BUDAYA DAN SOSIAL
1.Menentukan jenis kain untuk pakaian dan fesyen pakaian
2.Mempengaruhi jenis bahan makanan asasi
3.Mempengaruhi warna kulit, bentuk badan dan rambut
4.Mempengaruhi cara hidup seharian

B)HAIWAN
1.Menentukan sifat fizikal haiwan – warna bulu, ketebalan bulu, warna kulit haiwan adalah mengikut penerimaan jumlah haba matahari di sesuatu kawasan.
-Kawasan sejuk-kurang haba matahari – binatang berbulu tebal – untuk menahan daripada cuaca sejuk
-Kawasan panas-haba matahari tinggi – bulu nipis- kurang panas
2.Menentukan cara hidup haiwan- burung penghijrah akan berhijrah ke kawasan panas dalam musim dingin, Beruang akan “tidur” (hibernasi)


PROSES FIZIKAL

1)HIDROLOGI 
1.Sejatan : haba matahari memanaskan air di permukaan bumi – menukarkan air menjadi wap – wap panas, mengembang dan naik ke atmosefra secara olakan
2.Pemeluwapan : haba matahari  menghasilkan wap air ( proses sejatan ) – bertemu udara sejuk menyebabkan berlaku penukaran wap air menjadi cecair/air
3.Pemejaluwapan : kehilangan tenaga suria dalam atmosfera menyebabkan udara menjadi sejuk sehingga suhu takat beku – menyebabkan air membeku membentuk salji.
4.Kerpasan : haba matahari mewujudkan proses sejatan dan pemeluwapan – membentuk bintik-bintik/titisan air menjadi kerpasan ( hujan, embun, hujan ais/salji, hujan air batu )
5.Sejatpeluhan : haba matahari memanaskan daun pokok – menyebabkan perpeluhan tumbuhan - naik ke dalam udara
6.Pintasan silara
7.Susupan/resapan/infiltrasi
8.Larian air permukaan / air larian permukaan
9.Aliran airbawah tanah

2)GEOMORFOLOGI
1.Luluhawa mekanika : haba matahari menyebabkan proses pengembangan dan pengecutan batuan – menyebabkan batuan retak dan pecah
2. Luluhawa mekanika : haba matahari menyejat larutan garam di permukaan bumi – menyebabkan pembentukan hablur garam – mengembang dan membaji rekahan batuan – memecahkan batuan
3. Luluhawa kimia : haba matahari memanaskan air di permukaan bumi – mempercepatkan proses larutan air ke atas mineral batuan – memecahkan batuan @ menjadikan batuan berongga.
4. Gerakan jisim :
i) Haba matahari memecahkan batuan ( proses luluhawa mekanika/`kimia di cerun – menghasilkan regolith ) butiran batuan yang pecah – menggelongsor menuruni cerun sebagai tanah runtuh.
ii) Haba matahari menyejat air tanah di cerun – menjadikan tanah/batuan kering dan poros – menyebabkan air hujan diserap dengan banyak – tanah cerun jadi lembut dan mudah runtuh

3)HAKISAN
1.Haba matahari menyejat air tanah – tanah kering dan peroi – mudah dihakis oleh air larian permukaan dan angin.
2.Haba matahari mencairkan glasier – pergerakan glasier akan menghakis permukaan bumi – secara lelasan, geseran, ragutan
3.Pengangkutan : haba matahari mencairkan glasier – pergerakan glasier mengangkut bahan-bahan batuan yang dihakis.
4.Pemendapan : haba matahari menyejat air sungai ( musim kemarau ) – isipadu sungai susut , aliran perlahan– sungai memendapkan bahan muatannya.

 4)ATMOSFERA
1.Mempengaruhi suhu : haba matahari memanaskan udara – menentukan suhu udara sesuatu kawasan -Kws tropika menerima bahang suria 12 jam sehari sepanjang tahun – menjadikan min suhu antara 27 – 30°C
- Kws sederhana dunia menerima bahang suria antara 8 – 10 jam sehari – menjadikan min suhu antara 10 - 16°C.
2.Tekanan udara : penerimaan haba matahari yang berbeza antara ruang menyebabkan suhu berbeza – suhu panas/tingi mewujudkan Tekanan Udara  Rendah (TUR) dan suhu sejuk/rendah mewujudkan Tekanan Udara Tinggi (TUR) .
3.Tiupan angin : perbezaan tekanan udara akan menyebabkan angina bertiup – angina akan bergerak/ bertiup dari ruang TUT ke TUR
4.Kelembapan udara : haba matahari menyejat air dari permukaan bumi (proses sejatan) dan dari tumbuhan ( proses sejat peluhan ) – wap air masuk ke dalam udara – melembabkan udara ( menentukan % kelembapan udara )
5.Pembentukan awan : Wap air yang panas ( hasil sejatan dan sejatpeluhan) naik ke Zon Takat Embun(ZTE) – mengalami proses pemeluwapan membentuk bintik-bintik air ZTE – membeku menjadi butir ais – berkumpul membentuk awan.
6.Kerpasan : Buitr ais yang membentuk awan ( hasil proses pemeluwapan ) akan terapung-apung dalam udara ZTE – bercantum menjadi lebih berat- melebihi daya tamping udara – jatuh ke bumi sebagai kerpasan ( sama ada dalam bentuk hujan, salji atau hujan air batu ).

2. Menentukan iklim sesuatu kawasan – jumlah bahang suria yang diterima aakan menentukan jenis iklim di sesuatu kawasan.
- Kws yang banyak menerima bahang suria – mengalami iklim yang panas seperti iklim gurun, monsun tropika dan khatulistiwa.
- Kws yang sangat sedikit menerima bahang suria – mengalami iklim sejuk seperti tundra,iklim sederhana sejuk jenis British
3. Mempengaruhi pergerakan angin- Kawasan yang bersuhu tinggi akan mewujudkan Zon Tekanan Udara Rendah (TUR). - Kws bersuhu rendah akan mewujudkan Zon- Tekanan Udara Tinggi (TUR) – angin akan bergerak/bertiup dari kawasan TUT ke kws TUR.

SISTEM GEOMORFOLOGI

A) PROSES GEOMORFOLOGI
(luluhawa, hakisan, pergerakan jisim, pengangkutan, dan pemendapan) :
Proses geomorfologi yang bertanggungjawab mengubah bentuk dan mengukir permukaan kerak bumi melalui proses- proses penggondolan (Christopherson. 2012).

1.LULUHAWA
- Luluhawa merupakan proses penguraian/pereputan dan pemecahan batuan menjadi butiran lebih kecil secara in-situ dan semulajadi oleh agen-agen luluhawa.

2.HAKISAN
- Proses penghausan/ pengukiran/penggondolan muka bumi oleh agen hakisan seperti air , ombak, angin dan glasier.

3.PERGERAKAN JISIM
- Pergerakan bahan regolith menuruni cerun akibat daya tarikan graviti.

4.PENGANGKUTAN
- Pemindahan sisa hakisan dan luluhawa serta bahan muatan lain dari satu tempat ke tempat lain oleh agen seperti air mengalir, ombak, arus, angin dan glasier.

5.PEMENDAPAN
- Proses yang berlaku apabila bahan muatan menjadi pegun, terlonggok dan tidak diangkut lagi oleh agen seperti air mengalir, ombak, angin dan glasier

B)LAPISAN BUMI

1)TERAS BUMI
Ciri fizikalnya :- Lapisan paling dalam yang dipisahkan dari mantel oleh ketakselanjaran Gutenberg.
- Juga dikenali sebagai lapisan barisfera.
- Terbahagi kepada dua iaitu teras luar (cecair) dan teras dalam (pepejal).
- Ketebalan 3470 km, suhu mencapai 3000oC, ketumpatan antara 12 g/m2 hingga 13 g/m3
- Ciri kimia - Kaya dengan besi dan nikel.

2)MANTEL
- Ciri fizikal : - Lapisan pertengahan yang tidak stabil.
- Batuan dalam lapisan ini dalam bentuk separuh cecair
- dan merangkumi 82% isipadu bumi.
- Ketebalan (2830 km), suhu antara 800 – 1600oC,
- ketumpatan (atas 3 - 3.37 g/m3, bawah > 5 g/m3)
- Ciri kimia - Kaya dengan batuan jenis granit, basalt, olivin, ultramatik dan piroksin.

3)KERAK BUMI
- Ciri fizikal - Lapisan paling luar bumi dan paling nipis
- Ketebalan di antara 5 – 80 km
- Terbahagi kepada dua lapisan utama
- Sial – kerak benua, ketebalan antara 25 hingga 70 km, ketumpatan 2.7 g/m3
- Sima – kerak lautan, ketebalan 5 hingga 10 km, ketumpatan 3.0 g/m3
- Ciri kimia- Sial – kaya dengan silika dan aluminium.Contoh atuan igneus yang cerah (granit dan gabro) dan batuan mendak (syil dan batu pasir)
- Sima – kaya dengan magnesium dan ferum (besi), batuan bes. (Strahler. 2008)

C)TABURAN DAN DARATAN
1)TABURAN DARATAN
- Daratan merujuk kepada semua jenis tanah atau daratan yang timbul dari permukaan aras laut termasuk bahagian daratan berhampiran laut yang cetek dan tenggelam yang dinamakan pentas benua.
- Dengan keluasan 148,647,000 km2, daratan merangkumi 29.1% daripada permukaan bumi.
- Pulau-pulau dan gugusan pulau termasuk dalam istilah daratan atau benua ini.
- Terdapat tujuh kawasan daratan yang diistilahkan benua di permukaan bumi iaitu benua Afrika, Amerika Utara, Amerika Tengah dan Selatan, Asia, Eropah, Australia ( termasuk New Zealand ) dan Antartika.

2)TABURAN LAUTAN
- Laut dan lautan merupakan himpunan air masin yang sambung menyambung meliputi permukaan bumi yang dibatasi oleh benua ataupun kepulauan yang besar.
- Dengan keluasan 335,258,000 km2, lautan merangkumi 70.9% daripada permukaan bumi.
- Enam Lautan utama dunia ialah Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan Antartika atau Lautan Selatan dan Lautan Artik. Kawasan perairan masin yang lain yang lebih kecil saiznya dikenali sebagai laut (antaranya Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Merah).

D)BATUAN
Batuan boleh dikelaskan kepada tiga jenis batuan seperti berikut :
i) Igneus
ii) Enapan
iii) Metamorfosis

PROSES BATUAN
1)IGNEUS
-Batuan igneus terbentuk melalui proses penyejukan dan pemejalan magma dan lava sama ada di dalam kerak bumi atau di permukaan bumi.

Terbahagi kepada dua jenis
i. Igneus rejahan – terbentuk akibat penyejukan dan pembekuan magma di dalam rekahan kerak bumi. Juga dikenali sebagai Igneus jalar dalam.Contoh : granit, gabro dan diorit
ii. Igneus terobosan – terbentuk akibat penyejukan dan pembekuan lava di luar permukaan bumi.Juga dikenali sebagai Igneus jalar luar.Contoh : riolit, basalt, dan pumis

2) ENAPAN
-Batuan yang terbentuk secara berlapis-lapis akibat daripada proses pemendapan, perekatan dan pemampatan serpihan batuan, kelodak, pasir, lumpur dan cengkerang oleh agen seperti air mengalir, ombak, angin dan glasier.
-Bahan-bahan ini kemudiaannya dimendapkan secara lapisan demi lapisan.apisan ini menjadi mampat melalui proses pemadatan dan perekatan.

Terbahagi kepada tiga jenis:
i. Enapan klastik – terbentuk melalui proses pemadatan dan penyimenan serpihan batuan. Contoh : batu pasir dan syal
ii. Enapan kimia – terbentuk hasil enapan bahan-bahan kimia atau mineral batuan yang terlarut dalam air semasa luluhawa kimia.Contoh : batu kapur, gipsum, garam
iii. Enapan organik – terbentuk daripada mendapan sisa tumbuhan dan haiwan yang telah mati. Contoh : arang batu

3)METAMORFOSIS
-Terbentuk apabila batuan igneus dan batuan enapan mengalami tekanan dan suhu yang tinggi menyebabkan batuan berkenaan berubah bentuk, warna dan komposisi mineralnya menjadi batuan baru.
-Proses ini dikenali sebagai Proses Metamorfisma dan biasanya berlaku ketika proses tektonik secara besar- besaran seperti lipatan dan gunung berapi.

Terbahagi kepada dua jenis:
i. Metamorfisma serantau – terbentuk akibat tekanan dan himpitan terhadap batuan asal dalam rekahan batuan. Kuasa himpitan disebabkan oleh pergerakan ke atas kerak bumi.
ii. Metamorfisma sentuhan – terbentuk apabila batuan asal dalam kerak bumi bersentuh dengan magma atau lava yang sangat panas. Tindak balas kimia dan perubahan kandungan mineral menjadikan batuan tersebut berubah menjadi metamorfisma.

-Bersifat amat keras, bersinar dan bernilai tinggi.
-Batuan metamorfosis ketara berbeza daripada batu asalnya dari segi struktur, tekstur, warna dan kandungan mineral.

Contoh batu asal dan batu metamorfosis :
- batu kapur  batu marmar
- batu pasir  kuarzit
- grafit  berlian
- basalt  syis
- syil  slat

kaitan antara jenis batuan dengan konfigurasi bentuk bumi;

i. Batuan keras seperti Igneus dan Metamorfik tahan terhadap proses penggondolan dan menghasilkan bentuk muka bumi yang menonjol seperti gunung-ganang, banjaran, jeram, air terjun, tebing tinggi dan tanjung.
ii. Batuan lembut seperti Enapan yang mudah mengalami penggondolan menghasilkan bentuk muka
bumi yang melekuk dan mudah dimendap seperti lurah, lembah, pandangan karst, beting pasir, tombolo dan teluk.

kepentingan batuan terhadap manusia

1)BATUAN IGNEUS
-Basalt - yang terluluhawa membentuk tanah lava bes yang subur dan sesuai untuk penanaman padi.
-Granit - yang terhakis membentuk tanah aluvium yang sesuai untuk penanaman padi.
-Granit - yang keras dan padu diguna sebagai bahan asas sektor pembinaan bangunan, jalan raya dan tugu peringatan.
-Granit - yang mudah didapati banyak diguna dalam pelbagai kegunaan domestik seperti batu asah, batu giling, lesung, batu nisan.
-Granit - yang yang keras dan tahan hakisan membentuk air terjun, jeram dan tanjung, menggalakkan aktiviti pelancongan.
-Granit - yang mudah didapati juga selalu diguna dalam aktiviti rekreasi seperti batu seremban dan lastik.
-Granit - timbunan granit menggalakkan aktiviti kuari batu - (perlombongan).

2)BATUAN ENAPAN
-Petroleum, gas asli dan arang batu diguna sebagai bahan api dan juga mengalakkan aktiviti perlombongan bahan api ini.
-Batu kapur - dilombong untuk membuat simen. Menggalakkan aktiviti kuari batu kapur dan juga perindustrian - kilang membuat simen dan bata simen.
-Batu kapur yang dibuat simen juga menggalakkan pelbagai aktiviti pembinaan seperti bangunan, jambatan dan terowong.
-Batu kapur - digunakan untuk menuetralkan keasidan tanah - menggalakkan pertanian
-Gua batu kapur mempunyai pemandangan karst seperti stalagtit dan stalagmit yang unik dan menarik menggalakkan aktiviti pelancongan.
-Tanah liat - yang bersifat boleh menakung air - sesuai untuk penanaman padi sawah.
-Tanah liat - yang mudah dibentuk diguna dalam industri seramik membuat pasu dan bata merah.
-Batu pasir - yang mempunyai kandungan kuarzit diguna dalam industri membuat barangan kaca.
-Kaolin - simen putih yang lembut dan mudah dibentuk diguna dalam industri tembikar dan plaster siling.
-Fosfat - diguna dalam indusri membuat baja urea       Natrium klorida ( garam batu ) - diguna untuk mengawet makanan.

3) BATUAN METAMORFIK
-Batu marmar yang bersifat keras, berkilat dan mempunyai corak berjalur sesuai diguna sebagai jubin lantai dan menggalakkan sektor pembinaan.
-Batu marmar berkilat dan mempunyai corak berjalur juga sesuai diguna untuk membuat kraftangan menggalakkan IKS dan aktiviti pelancongan
-Berlian yang bersifat amat keras diguna sebagai mata gerudi dalam perlombongan petroleum dan pembinaan terowong.
-Berlian, delima dan zamrud yang mempunyai nilai yang tinggi dijadikan barang kemas.
-Grafit - diguna dalam indusri membuat bateri, pad brake, dakwat dan mata pensil.
-Slat - diguna untuk membuat atap genting, batu nisan, komponen papan suis dan papan tulis.
-Antrasit - bahan bakar di kilang dan rumah.
-Kuarzit - indusri membuat barangan kaca dan kristal.


PROSES ENDOGENIK
-Merujuk kepada proses pembentukan bentuk muka bumi asas dengan sumber tenaga berpunca dari dari dalam bumi.
-Proses pembentukan muka bumi terjadi melalui aktiviti :gerakan bumi seperti lipatan dan gelinciran,
ragam gunung berapi seperti gunung berapi, gempa bumi dan tsunami. (Strahler. 2008)

PROSES PEMBENTUKAN LIPATAN
-Proses mampatan: Pergerakan magma di lapisan mantel membentuk arus perolakan kuat menyebabkan plat bumi bergerak secara perlahan atau kuat. Pergerakan plat akan menghentam plat yang satu lagi menyebabkan sebahagian plat terlendut/melentur dan sebahagian plat yang satu lagi menjunam. Plat yang terlendut itu membentuk gunung lipat.

Nota: proses perlanggaran dua plat juga boleh berlaku menyebabkan gunung lipat.

BENTUK BUMI LIPATAN
-Gunung lipat dan banjaran lipat (antiklin) Lurah (sinklin)
-Lipatan rebah, lampau, simetri dan tidak simetri.

KESAN LIPATAN
-Kesan kepada Alam Sekitar Fizikal:
1.BENTUK MUKA BUMI
-Membentuk banjaran dan gunung lipat. Membentuk muka bumi beralun dan pamah. Membentuk pelantar benua di dasar laut.
-Membentuk kawasan tadahan air. Membentuk kawasan lembangan saliran. Membentuk sungai balik muda
-Mempengaruhi pembentukan hujan bukit dan angin cinuk.
2.SUHU
-Mempengaruhi suhu di kawasan tanah tinggi. Menggalakkan pertumbuhan hutan tropika dan mewujudkan habitat semulajadi

Kesan kepada Aktiviti Manusia :
1.AKTIVITI PERTANIAN
- tanah tinggi - tanaman hawa sederhana- tanah tinggi - padi bukit tanah pamah - padi sawah ,tanah pamah beralun - getah dan kelapa sawit
2.AKTIVITI PELANCONGAN
-antiklin menggalakkan aktiviti mendaki gunung. mempunyai suhu yang nyaman
-aliran sungai deras membentuk air terjun dan jeram
3.AKTIVITI PERLOMBONGAN
-antiklin membawa mineral dari dasar kerak bumi ke bahagian atas kerak bumi.proses metamorfisme akibat mampatan hasilkan batuan metamorfik. banjaran gunung lipat kaya dengan mineral seperti bijih besi, kuprum dan perak.longgokan minyak dan gas asli juga terperangkap di bahagian lintap mungkum.
4.AKTIVITI PERIKANAN
-antiklin di dasar laut membentuk pelantar benua– pertumbuhan terumbu karangn sistem sungai dan tasik - perikanan air tawar.
5.AKTIVITI PERHUTANAN
-tanah tinggi - pertumbuhan hutan hujan tropika(khatulistiwa) untuk pembalakan.
-aliran sungai - penghanyutan kayu balak.
-hutan tropika - sumber perubatan tradisional,
-herba dan madu lebah / kelulut
6.AKTIVITI PEMBINAAN
-sinklin dan tanah pamah sesuai dibina petempatan dan jalan raya.
-antiklin sesuai dibina kubu pertahanan.
7.PENGHASILAN TENAGA ALTERNATIF
-air sungai deras - Kuasa Elektrik Hidro
8.BEKALAN AIR DOMESTIK
-antiklin membentuk kawasan tadahan air.       sesuai untuk dibina empangan
9.PEMBENTUKAN SEMPADAN SEMULAJADI
-banjaran dan sungai yang dibentuk oleh lipatan berperanan sebagai sempadan semulajadi.

C) proses pembentukan bentuk bumi gelinciran dan kesannya;

ii) Bentuk bumi Gelinciran:
-Lurah gelinciran ( graben )
-Gelinciran biasa
-Gelinciran songsang
-Gelinciran rabak

iii) Kesan Gelinciran :
A)FIZIKAL
1.Gunung bongkah ( horst ) menghasilkan
- Dataran tinggi
- Tadahan air
- Lembangan saliran
- Air terjun
- Pelantar benua
- Pantai timbul

2.Lurah gelinciran ( graben ) menghasilkan
- Tanah pamah rata
- Pelantar benua
- Pantai tenggelam

B)MANUSIA
AKTIVITI PERTANIAN
- tanah tinggi - tanaman hawa sederhana
- tanah tinggi - padi bukit
- tanah pamah - padi sawah
AKTIVITI PERIKANAN
- horst di dasar Laut membentuk pelantar benua – pertumbuhan terumbu karang
AKTIVITI PERLOMBONGAN
- cerun di horst mendedahkan mineral yang tersimpan jauh dalam kerak bumi
AKTIVITI PERHUTANAN
- tanah tinggi - pertumbuhan pokok tropika untuk aktiviti pembalakan.
- hutan tropika yang kaya dengan pelbagai spesies flora menyediakan sumber perubatan tradisional, herba dan madu
AKTIVITI PEMBINAAN
- graben sesuai dibina petempatan dan jalan raya.
- dataran tinggi sesuai dibina rumah api dan stesen pencerap angkasa.
AKTIVITI PELANCONGAN
- gunung bongkah menggalakkan aktiviti mendaki gunung dan paragliding.
- gunung bongkah mempunyai suhu yang nyaman.
- gelinciran di bahagian sungai membentuk air terjun.

d) proses pembentukan bentuk bumi gunung berapi dan kesannya;

ii) Bentuk bumi Gunung Berapi
a. Bentuk muka bumi Jalar Luar
i. Kon lava bes
ii. Kon lava asid
iii. Kon serbaragam
iv. Krater atau kawah
v. Kaldera
vi. Tasik kawah
vii. Granahar atau lohong gunung berapi
viii. Pulau gunung berapi
ix. Anak gunung berapi
x. Palam gunung berapi
xi. Dataran gunung berapi

b. Bentuk muka bumi Jalar Dalam
xii. Daik
xiii. Sil
xiv. Lapolit
xv. Pakolit
xvi. Lakolit
xvii. Batolit

iii) Kesan Gunung Berapi :
FIZIKAL
i. Dataran lava
ii. Pembentukan batuan igneus dan metamorfosis
iii. Geiser
iv. Tsunami
v. Hujan asid
vi. Jerebu
vii. Peningkatan suhu
viii. Kebakaran hutan
ix. Kerosakan habitat

MANUSIA
AKTIVITI PERTANIAN
-Dataran lava yang kaya dengan tanah lava bes menggalakkan penanaman padi sawah.Aliran lava dan piroklasik memusnahkan tanaman di lereng gunung berapi.
-Jerebu dan timbunan sulfur akibat letusan gunung berapi jenis abu menggangu proses fotosintesis
AKTIVITI PELANCONGAN
-Bentuk muka bumi unik seperti kawah, tasik kawah dan geiser menggalakkan aktiviti pelancongan.
-Jerebu akibat letusan gunung berapi menyebabkan penerbangan dibatalkan.Letusan gunung berapi merosakkan infrastruktur kawasan pelancongan
AKTIVITI PERHUTANAN
-Lereng gunung berapi yang kaya dengan hutan tropika menggalakkan aktiviti pembalakan.hutan
-tropika yang kaya dengan pelbagai spesies flora menyediakan sumber perubatan tradisional, herba dan madu
PENYELIDIKAN
-Fenomena letusan gunung berapi dan keunikan bentuk muka bumi menggalakkan aktiviti penyelidikan.
AKTIVITI PERLOMBONGAN
-Timbunan sulfur menggalakkan aktiviti perlombongan sulfur. Penghasilan batuan igneus dan metamorfik akibat tindakan gunung berapi menggalakkan aktiviti kuari batu.
AKTIVITI PERIKANAN
-Letusan gunung berapi di laut dan kejadian tsunami merosakkan kemudahan perikanan dan mengganggu aktiviti perikanan
AKTIVITI HARIAN
-Letusan gunung berapi dan kejadian jerebu mengganggu aktiviti seperti persekolahan dan urusan ke tempat kerja.
KEHILANGAN NYAWA
Letusan gunung berapi dan kejadian tsunami menyebabkan kehilangan nyawa.
KEROSAKAN HARTA BENDA
Letusan gunung berapi dan kejadian tsunami menyebabkan kerosakan harta benda.
KEROSAKAN INFRASTRUKTUR
Letusan gunung berapi dan kejadian tsunami menyebabkan kerosakan infrastruktur.
GANGGUAN AKTIVITI HARIAN
Letusan gunung berapi dan kejadian jerebu mengganggu aktiviti seperti persekolahan dan urusan ke tempat kerja.
KEHILANGAN MATA PENCARIAN
Letusan gunung berapi dan kejadian tsunami mengganggu aktiviti ekonomi penduduk setempat seperti pertanian, perikanan dan pelancongan.

A) Teori Awal (Hipotesis Alfred Wegener)
-Diasaskan oleh Alfred Wegener yang mengandaika benua berasal daripada satu benua tunggal yang dipanggil Pangea yang dikelilingi oleh lautan purba Panthalassa.
-Kemudiannya Pangea berpisah kepada Laurasia kearah hemisfera utara dan Gondawanaland ke arah hemisfera selatan.
-Benua-benua ini kemudiannya berpecah lagi dan bergerak meninggalkan antara satu sama lain secara berperingkat-peringkat sehingga membentuk taburan benua yang ada sekarang

B) Teori Peluasan Dasar Lautan
-Teori ini berdasarkan penemuan permatang dan lurah di dasar laut.
 -Magma yang panas daripada bahagian mantel sentiasa tertolak naik ke bahagian kerak bumi di dasar lautan.
-Dasar lautan kemudiannya mengalami retakan yang dikenali sempadan percapahan.
-Arus perolakan dari lapisan mantel terus menolak magma secara berterusan menyebabkan magma tersebut memenuhi retakan tersebut lalu membeku dan membentuk permatang dasar laut.
-Pergerakan magma yang berlaku secara berterusan menyebabkan retakan menjadi semakin membesar.
-Dasar laut lama akan tertolak ke arah kedua-dua belah bagi membolehkan dasar laut baru yang lebih besar terbentuk.

C) Teori Tektonik Plat
- Teori ini menyatakan kerak bumi terbahagi kepada beberapa plat /kepingan besar. Plat/kepingan ini seolah terapung di atas astonesfera (mantel) dan bergerak secara bertembung, bercapah dan berselisih.
- Terdapat dua jenis plat iaitu plat benua dan plat lautan.
- Plat-plat ini terapung di atas lapisan mantel dan arus perolakan daripada bahagian mantel ini akan sentiasa menggerakkan plat-plat tersebut.

Jenis-jenis pergerakan :
- pertembungan plat
- pencapahan plat
- perselisihan plat

i) Pertembungan Plat
 
Plat benua dengan plat benua:
-Pertembungan plat benua dengan plat benua- menghasilkan siri gunung lipat
Plat lautan dengan plat lautan:
-Pertembungan plat lautan dengan plat lautan menyebabkan plat yang tumpat terjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan
Plat lautan dengan plat benua
-Pertembungan plat lautan dengan plat benua di mana plat lautan yang lebih tumpat akan terbenam ke bawah dan membentuk jurang lautan sementara di benua terbentuk gunung lipat yang selari dengan jurang lautan

ii) Pencapahan Plat
-Pergerakan plat tektonik secara pencapahan membentuk permatang tengah lautan.
iii) Perselisihan Plat
-Perselihan plat menyebabkan pergerakan plat secara mendatar dan menghasilkan gelinciran rabak

Bukti Teori Hanyutan Benua

1)Bukti persamaan garis pantai
-terdapat persamaan garis pantai di antara benua berlainan, menunjukkan benua-benua ini pernah bercantum.garis pantai antara pantai timur Amerika Selatan dengan pantai Barat Afrika boleh dicantum dengan kemas.

2)Bukti geologi
-terdapat persamaan jenis dan usia batuan dan yang tersimpan di antara benua berlainan.emas yang dilombong di Kolar, India, sama usianya (2,400 juta tahun) dengan emas yang terdapat di Kalgoorlie, Australia.

3)Bukti iklim purba
-terdapat persamaan kesan iklim yang sama di antara benua berlainan. Mendapan glasier Pra Kambrian yang terdapat di Katanga, Barat laut Afrika sama jenis dengan mendapan glasier yang dijumpai di Lavras, Brazil (kedua-duanya berusia antara 600 - 800 juta tahun)

4)Bukti Paleontologi atau fosil
-terdapat persamaan fosil tumbuhan dan binatang purba dari jenis dan usia yang sama di benua yang berlainan.
-sebahagian besar reptilia Trasik yang pernah hidup di Amerika Selatan sama keturunan dengan yang hidup di Afrika. Di kedua-dua benua ini pernah dijumpai fosil reptilia yang hidup di dalam air tawar bernama Mesosaurus.

5)Bukti sistem gunung lipat
-terdapat persamaan ciri banjaran di antara benua yang berlainan.
-Banjaran Kaledonia yang terdapat di sebelah barat Greenland mempunyai sifat yang sama dengan Tanah Tinggi Scandinavia di barat laut Eropah.

6)Bukti Paleomagnetisme atau kemagnetan purba
-kedudukan magnet batuan yang mengarah ke arah kutub utara mengalami perubahan di antara benua yang berlainan. Kedudukan kutub utara sebenarnya tidak pernah berubah tetapi perubahan medan magnet batuan tersebut berlaku disebabkan pergerakan benua-benua.

Proses Luluhawa :
Luluhawa ialah proses pereputan, penguraian dan pemecahan batuan secara semula jadi dan secara insitu.

1) LULUHAWA FIZIKAL (MEKANIKAL)
Luluhawa fizikal ialah proses penguraian/pereputan dan pemecahan batuan menjadi lebih kecil/halus secara fizikal tanpa menyebabkan perubahan kandungan kimia batuan. Berlaku secara insitu oleh agen luluhawa.

Proses-proses luluhawa fizikal ialah:
i. PENGELUPASAN
-Berlaku kepada batuan yang berlapis-lapis. Pemanasan pada waktu siang menyebabkan lapisan luar panas dan mengembang. Pada waktu malam suhu yang rendah,lapisan luar akan mula mengecut. Proses yang berulang-ulang akan menyebabkan batuan pecah secara lapisan demi lapisan.

ii. PENYEPAIAN BEBUTIR
-Batuan yang mempunyai banyak jenis mineral akan mempunyai tahap pengembangan yang berbeza.
-Mineral gelap akan menyerap haba lebih cepat berbanding mineral putih. Proses yang berulang- ulang dan berterusan menyebabkan batuan akan bersepai secara berbutir.

iii. PENYEPAIAN BONGKAH
-Batuan yang mempunyai rekahan yang sudut tepat akan menyerap haba pada waktu siang dan berlaku pengembangan batuan. Sementara pada waktu malam ketika suhu jatuh, batuan akan mengalami pengecutan. Proses yang berulang-ulang menyebabkan batuan pecah secara bongkah.

iv. PELEPASAN TEKANAN
-Batuan yang berada dibawah lapisan tanah mengalami tekanan berat dan tekanan dari dalam untuk mengekalkan bentuknya. Apabila tekanan diatasnya berkurangan maka batuan akan mengalami pelepasan tekanan dan akhirnya batuan pecah.

v. TINDAKAN FROS
-Berlaku di kawasan sederhana atau dikawasan tanah tinggi. Air yang berada di dalam rekahan batuan akan membeku ketika suhu jatuh. Ini menyebabkan air dalam rekahan akan membeku dan menyebabkan pengembangan 10%. Rekahan akan menjadi semakin besar dan proses yang berulang-ulang meyebabkan batuan tersebut pecah.

LULUHAWA KIMIA
-Proses luluhawa kimia ialah proses pereputan, penguraian dan pemecahan batuan secara insitu yang menyebabkan perubahan secara kandungan kimia dan saiz batuan.

PROSES LULUHAWA KIMIA
i. LARUTAN
-Air hujan akan melarutan batuan yang lembut seperti batu garam, batu kapur dan gipsum.
-Suhu yang panas akan mempercepatkan proses larutan.

ii. PENGOKSIDAAN
-Oksigen yang terdapat dalam udara dan air akan menyebabkan mineral seperti besi akan teroksida dan mudah hancur. Unsur lain yang akan teroksidah seperti sulfur, fosfat dan magnesium.

iii. PERNGKARBONAN
-Air hujan yang menyerap gas karbon dioksida akan menghasilkan asid karbonik. Asid ini akan melarutkan sebahagian batu kapur yang mengandungi sodium, potasium, kalsium dan magnesium. Di kawasan batu kapur ia akan membentuk pandang darat karst.

iv. PENGHIDRATAN
-Melibatkan proses pertambahan molekul air dalam mineral batuan. Batuan akan mengembang, dan mengalami tegangan hungga menyebabkan perubahan unsur kimia.

v. HIDROLOSIS
-Hidrolisis adalah proses tindak balas air dengan batuan. Proses ini berlaku apabila batuan menyerap air dan mengalami tindak balas kimia. Tindak balas kimia ini sangat kompleks tetapi boleh melemahkan batuan untuk menghasilkan regolith tanah. Tindak balas kimia berlaku apabila ion hydrogen (H+) dan ion hidroksil (OH-) dari air bertindak dengan ion positif dan negative dari batuan. Batu granit yang mengandungi mineral kuarza, mika dan felsfar. Felsfar dan mika akan direputkan oleh proses hidrolis dan bertukar menjadi tanah liat putih atau kaolin yang lembut

vi. CELASI
-Pereputan batuan akibat penghasilan asid humid dari proses pereputan organic tumbuhan dan haiwan mati. Asid akan bertindakbalas dengan kimia batuan menyebabkan batuan terurai menjadi butiran halus.

3)LULUHAWA BIOLOGI/BIOTIK
-Luluhawa biologi ialah proses penguraian dan pemecahan batuan secara insitu oleh tindakan tumbuhan, haiwan ataupun manusia. Proses penyepaian batuan boleh berlaku secara kimia ataupun secara fizikal.

PROSES LULUHAWA BIOLOGI/BIOTIK
i. TINDAKAH ASID BAKTERIA
-Akar pokok menyerap air dan mengeluarkan asid organic yang boleh mereputkan batuan. Pereputan sisa tumbuhan seperti daun, ranting dan lain-lain akan menghasilkan asid humik. Haiwan seperti teritip akan menghasilkan asis untuk membolehkannya melekat pada batuan di pinggir laut. Berlaku penguraian secara kimia.

ii. AKAR TUMBUHAN DAN TINDAKAN HAIWAN
-Akar tumbuhan yang menjalar masuk ke dalam rekahan dan membesar akan menyebabkan batuan pecah. Tindakan haiwan mengorek lubang akan menguraikan tanah tersebut. Berlaku penguraian secara kimia.

iii. AKTIVIT MANUSIA
Penebangan pokok, perlombongan, pembinaan lebuh raya dan sebangainya memecahkan batuan secara fizikal. Kerja-kerja pertanian seperti meracun dan membaja akan meningkatkan proses luluhawan kimia.

FAKTOR MEMPENGARUHI LULUHAWA
i)IKLIM
-Hujan -hujan membekalkan air untuk memebolehkan proses luluhawa kimia seperti larutan, pengoksidaan, pengkarbonan, hidrolisis dan sebagainya.
-Suhu-Suhu yang tinggi menggalakkan proses larutan, pengembangan dan pengecutan, basah kering batuan, sejatan dan sebagainya.
-Fros/ibun- Pembekuan air di dalam rekahan batuan akan menyebabkan pengembangan 10%. Proses yang berulang-ulang menyebabkan rekahan menjadi semakin besar dan menyebabkan batuan pecah.

ii) JENIS BATUAN
-Merujuk kepada jenis batuan. Jika batuan mudah menyerap air maka kadar luluhawa akan meningkat contohnya batu kapur.

iii) MIKROORGANISMA
-Tindakan kulat, bakteria dan kulampair yang hidup di atas batuan mengeluarkan asid organik Ia melarutkan bahan mineral batuan, mengubah unsur kimia batuan dan memecahnya menjadi butiran lebih kecil.

iv) TUMBUHAN
-Akar tumbuhan pula akan menyebabkan batuan pecah apabila akar membesar di dalam rekahan.

vi) TINDAKAN MANUSIA
-Aktiviti kuari menyebabkan batuan pecah secara fizikal dalam masa singkat (perlepasan tekanan)

vii) MASA
-Semakin lama tempoh masa batuan terdedah kepada agen luluhawa, semakin berkesan tindakan luluhawa.

c. kesan luluhawa terhadap pembentukan landskap  dan terhadap aktiviti manusia.
i) Pembentukan pandang darat karst
-Proses pembentukan bentuk bumi di kawasan batu kapur.

ii) Kegiatan pertanian
-bahan regolit yang tebal – subur untuk kegiatan pertanian-Contoh seperti tanah laterit – sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.

iii) Kegiatan perindustrian
-Tanah liat ( kaolin ) menjadi bahan mentah untuk industri tembikar.Batu Kapur menjadi bahan mentah untuk industri simen.

iv) Kegiatan pelancongan
-hasil luluhawa kimia di kawasan batu kapur ialah pandang darat karst. Pemandangan yang menarik dan unik menarik ramai pelancong.

v) Penyelidikan dan Pembangunan
-Menyediakan ruang untuk menjalankan kajian berkaitan geomorfologi seperti dalam bidang geografi dan geofizik.

PERGERAKAN JISIM
i) ALIRAN CEPAT
-Merupakan pergerakan jisim seperti aliran lumpur, tanah dan batu runtuh yang berlaku secara tiba-tiba dan cepat tanpa dijangka. Antaranya ialah aliran lumpur dan gelungsoran/ tanah runtuh

ii) ALIRAN PERLAHAN
-Merupakan pergerakan jisim yang berlaku dalam tempoh masa yang lama disebabkan kecerunan yang kurang.

PROSES PERGERAKAN JISIM

ALIRAN CEPAT
i) Aliran tanih atau lumpur.
-Aliran tanih atau lumpur merujuk kepada pergerakan tanih atau lumpur yang yang sangat lembap secara tiba- tiba daripada atas cerun. tanah yang bercampur air hujan bergerak menuruni cerun dalam bentuk aliran lumpur.
-Aliran ini biasanya berlaku di kawasan yang sering menerima hujan yang lebat seperti di kawasan tropika lembap
ii) Gelongsoran / tanah runtuh
-Pergerakan ini berlaku di kawasan cerun yang sangat curam seperti di kawasan tebing tinggi. Ia berlaku secara cepat atau tiba-tiba. Terdapat berberapa jenis gelonsoran seperti gelonsoran tanah dan gelongsoran batuan.

 ALIRAN PERLAHAN
i) Kesotan Tanah
-Regolit seperti batuan dan tanah di cerun terlebih dahulu terluluhawa menyebabkan regolit tersebut longgar dan peroi. Batuan atau tanah ini kemudiaannya bergerak secara amat perlahan menuruni cerun yang landai ( 10º hingga 20º ) akibat tarikan graviti bumi. . Pergerakan ini tidak dapat dikesan melalui mata kasar sebalik dapat dilihat melalui bukti-bukti seperti batang pokok yang bengkok, tiang elektrik, pagar dan tembok yang condong.
ii) Gelangsaran tanah
-Pergerakan ini merupakan pergerakan tanih dan batu tongkol. berlaku di kawasan beriklim sejuk akibat proses pencairan salji. Salji yang cair bertindak sebagai bahan pelincir bagi memudahkan pergerakan lempung ( tanah yang lembap ) di atasnya.

d)kesan pergerakan pergerkan jisim terhadap alam sekitar dan  aktiviti manusia
i. Kehilangan nyawa / kematian/Kecacatan kekal
ii. Kemusnahan harta benda dan rumah kediaman -
iii. Kesan psikologi- penduduk dalam keadaan ketakutan / trauma
iv. Kesan kepada aktiviti ekonomi seperti kemusnahan kawasan pertanian, perniagaan, industri dan sebagainya.
v. Kesan kepada infrastruktur- kemusnahan jalan raya, bekalan air, elektrik

LEMBANGAN SALIRAN
PROSES HAKISAN PERMUKAAN

i) HAKISAN PERCIKAN
-berlaku apabila titisan hujan yang turun berupaya menghempaskan butiran tanah dan menjatuhkan semula ke permukaan tanah.

ii) KEPINGAN
-berlaku apabila air larian permukaan berupaya menghakis lapisan tanah secara berkeping-keping di permukaan tanah yang kering.

iii) GALIR
-berlaku apabila larian permukaan menuruni cerun dan melalui permukaan tanah yang lembut dan terdedah lalu membentuk alur-alur yang kecil.

iv) GALUR
-berlaku apabila alur-alur kecil di permukaan bercerun terhakis dan berkembang sehingga menjadi alur-alur yang lebih besar, kekal dan dalam.

c) JENIS HAKISAN SUNGAI
i) MELEBAR
-berlaku apabila air sungai yang banyak atau tinggi isipadunya menghakis di bahagian ke dua-dua tebing sungai sehingga alur sungai menjadi lebar.

ii) MENDALAM
-berlaku apabila air sungai yang sedikit atau isipadu airnya yang kurang menghakis bahagian dasar sungai sehingga lama kelamaan alur sungai menjadi semakin mendalam

iii) MENGUNDUR
-berlaku apabila air sungai di bahagian hulu iaitu di kawasan punca sungai menghakis tebing di bahagian belakang aliran air sehingga mampu menyebabkan proses pemotongan dasar sungai ke arah hulu dan merebak ke bahagian legih sungai sehingga boleh menyebabkan berlakunya proses tawanan sungai.

d) CARA HAKISAN SUNGAI
i) HIDRAUL
-berlaku apabila tindakan atau hentaman air di bahagian rekahan pada batuan di dasar sungai menyebabkan udara di dalam rekanan batuan mampatan. Keadaan itu menyebabkan rekahan pada batuan mengalami tekanan tinggi dan semakin membesar dan pecah.

ii) LELASAN
-berlaku apabila bahan muatan yang ada di dalam air sungai yang terdiri daripada pasir atau batu kelikir menghakis tebing sungai yang dilaluinya sehingga tebing sungai terlelas dan semakin lebar.

iii) LAGAAN
-berlaku apabila bahan muatan yang banyak dan pelbagai saiz di dalam air sungai berlaga antara satu sama lain sehingga menjadi lebih kecil dan halus.

iv) LARUTAN
-Berlaku apabila batuan yang mudah larut seperti batu kapur terdapat di tebing atau dasar sungai terlarut oleh air sungai itu sendiri dan hanyut sebagai larutan bersama aliran air sungai tersebut.

e)FAKTOR MEMPENGARUHI HAKISAN SUNGAI
i) ISI PADU
-Isipadu air yang banyak terutama semasa hujan lebat akan meningkatkan kadar hakisan sungai.

ii) HALAJU AIR DAN KECERUNAN
-Aliran air yang deras dan kuat mampu untuk mengangkut beban muatan yang banyak akan meningkatkan kadar hakisan sungai, serta dibantu oleh kecerunan yang curam. Kecerunan yang curam boleh meyebabkan halaju air meningkat.

iv) BENTUK ALUR
-bentuk alur yang lurus memudahkan aliran air mengalir deras dan meningkatkan kadar hakisan , berbanding dengan alur berliku-liku yang akan menjadi menghalang kepada air mengalir deras.

v)JENIS BATUAN
-Dasar atau tebing sungai yang terdiri daripada batuan lembut seperti batuan mendak lebih mudah terhakis berbanding dengan batuan igneus yang keras seperti batuan granit

vi)BAHAN MUATAN
-Sungai yang memiliki bahan muatan yang banyak dan bersegi-segi seperti batu pasir dan kelikir mampu menghakis tebing dan dasar sungai secara hakisan lelasan atau geselan.

f)  pembentukan bentuk muka bumi hakisan sungai:
i) AIR TERJUN
-Terbentuk kawasan alur sungai terhalang oleh batuan keras secara melintang sehingga menyebabkan batuan lembut di bahagian hadapannya terhakis dan lama kelamaan semakin mendalam dan membentuk air terjun. Atau apabila terdapat cerun garis gelinciran merentangi sungai dan air terjun terbentuk di sepanjang cerun gelinciran itu.

ii) JERAM
Terbentuk apabila air sungai mengalir di kawasan yang memiliki batuan yang tersusun secara menegak dan berselang seli di antara batuan keras dengan batuan lembut.Batuan keras yang tahan hakisan akan tertonjol ke atas dan menyebabkan aliran air tersekat lalu mengalir secara lompatan dan deras menuruni bonjolan yang keras.

iii) LUBUK
Tindakan air sungai yang berpusar dan mengorek serta melelaskan dasar sungai menyebabkan terbentuknya lekukan di dasar sungai.

iv) GAUNG
terbentuk disebabkan oleh hakisan mendalam sungai.Hakisan mendalam bertindak dengan giat di dasar alur dan mendalamkan dasar sungai.Hasil daripada hakisan tersebut terbentuklah lurah yang sempit dengan tebing yang sangat curam dan dalam sehingga terbentuk lurah berbentuk

g) Menghuraikan cara pengangkutan sungai:
i) GOLEKAN
-batuan bersaiz besar yang diseret disepanjang dasar sungai oleh air sungai yang mengalir seperti batu tongkol.

ii) LONCATAN
-batuan bersaiz sederhana yang digerakkan secara melompat-lompat di sepanjang aliran air sungai yang deras.

iii) AMPAIAN
-Batuan halus seperti kelodak yang terdapat di dalam air sungai semasa mengalir di sepanjang alurnya.

iv) LARUTAN
-Batuan yang mudah larut seperti batu kapur akan menghasilkan bahan larutan atau bahan terlarut yang mengalir bersama air sungai.

v) APUNGAN
-Bahan halus seperti lumpur yang diangkut oleh air sungai secara terapung-apung di permukannya

h) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi pengangkutan sungai:
i) TENAGA
-Aliran air yang deras dan isipadunya yang banyak selepas hujan mampu mengangkut apa sahaja bentuk beban yang ada di alurnya kerana tenaga sungai berpotensi tinggi. Tetapi apabila berlakunya musim kemarau pula,isipadu air sungai adalah sedikit menyebabkan tenaga sungai berpotensi menjadi semakin terhad.

ii) KECERUNAN
-Cerun yang curam yang terdapat di hulu dan tengah sungai lebih giat menjalankan proses pengangkutan berbanding di kawasan hilir sungai.

iii) KEKASARAN ALUR
-Kekasaran dasar alur sungai boleh menganggu proses pengangkutan bahan muatan sungai berbanding dengan alur yang licin.

iv) HALANGAN
-Halangan seperti batu besar yang berat di dalam alur sungai boleh menganggu proses pengangkutan bahan muatan sungai apabila arus sungai akan menjadi perlahan.

v) BENTUK ALUR
-Bentuk alur yang berliku akan menganggu aliran pergerakan bahan muatan yang diangkut berbanding dengan bentuk alur yang lurus.

vi) SAIZ BAHAN
-Saiz bahan muatan atau beban sentimen yang lebih halus dan ringan lebih mudah diangkut oleh aliran air sungai berbanding batu yang besar dan berat.

vii) JENIS BAHAN
-Alur sungai yang terdiri daripada batuan keras dan kasar akan menghasilkan beban muatan yang sedikit berbanding alur sungai yang batuanya terdiri daripada batuan pasir atau batu kapur yang mudah diangkut dqan larut.

 i) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi pemendapan sungai:
i) ISI PADU AIR
-Apabila isipadu air sungai berkurangan selepas banjir atau pada musim kemarau akan menyebabkan daya keupayaan pengangkutan sungai semakin berkurang. Keadaan ini menyebabkan banyak bahan muatan sungai dimendapkan di alur sungai.

ii) HALAJU AIR
-Halaju air akan berkurangan apabila kecerunan alur sungai semakin landai terutama di peringkat hilir. Kesannya sebahagian besar daripada bahan muatan sungai akan dimendapkan di bahagian hilir apabila daya mengangkutan semakin berkurangan.

iii) KECERUNAN
-Kecerunan berkait rapat dengan halaju sungai. Kawasan sungai di peringkat hilir adalah lebih landai berbanding dengan kawasan di peringkat hulu, mengakibatkan halaju dan tenaga arus menjadi lemah. Keadaan ini akan menyebabkan beban muatan sungai di mendapkan.

iv) BENTUK ALUR
bentuk alur yang berliku terutama di bahagian likuan dalam memudahkan berlakunya pemendapan berbanding dengan bentuk alur yang lulus.

v) JENIS BATUAN
alur sungai yang terdiri daripada batuan lembut seperti batu kapur dan batu pasir akan menghasilkan beban sideman yang banyak bagi membantu dalam meningkatkan proses pemendapan berbanding alur sungai yang batuanya terdiri daripada batuan keras seperti granit

vi) BAHAN MUATAN
Bahan muatan yang pelbagai akan diangkut oleh arus sungai melalui cara yang berbeza. Pengurangan tenaga arus menyebabkan air sungai memendapkan beban yang dibawanya.

vii) HALANGAN
Halangan yang terdapat di dalam alur sungai akan memperlahankan aliran air sungai. Keadaan ini
menyebabkan proses pemendapan akan berlaku dengan giat

j) Mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi pemendapan sungai,

i)DATARAN BANJIR
Apabila berlakunya musim banjir, arus air sungai akan menjadi lebih laju dan keadaan ini akan menyebabkan beban yang dimendapkan melimpah keluar dari tebing dan mendap di sekitarnya. Kejadian banjir yang berulang – ulang akan menambahkan lagi jumlah bahan yang dimendapkan dan akhirnya menghasilkan satu dataran yang luas yang dikenali sebagai dataran banjir.

ii) DELTA
Pemendapan ini berlaku di kawasan muara sungai akibat pertembungan antara arus sungai dan arus laut. Di kawsan muara, arus sungai dan arus laut menjadi lemah dan tidak mampu mengangkut beban tetapi ia giat menjalankan aktiviti pemendapan bahan. Bahan – bahan seperti kelodak dan lumpur yang dimendapkan secara berterusan oleh pantai dan sungai akhirnya membentuk satu kawasan lapang yang dikenali sebagai delta

iii) TASIK LADAM
Tasik ladam terhasil melalui proses hakisan dan mendapan yang berlaku. Hakisan giat berlaku apabila arus air yang melanggar di antara dua tebing likuan sungai secara berulang – ulang. Hakisan secara berterusan mennghasilkan satu lekukan di kedua – dua kawasan likuan sungai dan akhirnya mengakibatkan kedua lekukan likuan tersebut bercantum. Peredaran masa yang berterusan menyebabkan proses pemendapan mula berlaku kerana kawasan hilir sungai mempunyai tenaga arus yang sangat lemah. Apabila beban yang diangkut mula dimendapkan maka aliran air tidak dapat memasuki kawasan tasik dan keadaan ini dikenali sebagai tasik ladam.

iv) TETAMBAK
Kebiasaannya tetambak terbentuk di kawasan sungai utama yang mempunyai dasar yang lebih tinggi daripada cawangannya. Tetambak yang terhasil akibat daripada kejadian banjir yang berlaku secara berulang. Bahan – bahan yang termendap di kawasan belakang tebing sungai akhirnya akan membentuk tebing yang lebih tinggi daripada dataran mendap yang dihasilkan

k) Menjelaskan pengaruh bentuk muka bumi hakisan dan pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia.

a) Kegiatan Pelancongan.
Hal ini disebabkan air terjun merupakan bentuk muka bumi sungai yang mempunyai kepentingan dari segi pelancongan. Hal ini disebabkan, air terjun merupakan tempat yang boleh menarik minat pengunjung untuk berkelah dan berehat.

Kesegaran dan suasana yang damai serta airnya yang deras menyebabkan bentuk muka bumi ini nampak unik dan menarik.Contohnya Air Terjun Kota Tinggi di Johor dan Air Terjun Sekayu di Terengganu.

b) Kegitan pertanian.
Hal ini disebabkan, dataran banjir merupakan bentuk muka bumi yang kaya dengan tanih alluvium yang subur untuk penanaman padi dan bentuknya yang rata memudahkan air untuk bertakung. Padi memerlukan jumlah air yang banyak ketika proses pertumbuhannya supaya dapat menghasilkan buah padi yang banyak dan berkualiti.
Contohnya, Dataran Kedah Perlis yang merupakan ‘Jelapang Padi ‘bagi Malaysia.

c) Pengangkutan.
Hal ini disebabkan tetambak merupakan satu jaluran kawasan yang tinggi dan jauh daripada ancaman banjir. Keadaan semula jadinya yang sedemikan menyebabkan jalan raya yang merupakan salah satu daripada pengangkutan darat dapat dibina dengan mudah dan lebih selamat di atas tetambak tersebut.

d) Ternakan ikan air tawar.
Hal ini disebabkan tasik ladam merupakan tasik semulajadi yang dalam dan tenang. Keadaannya yang sedemikan telah menarik minat dan memudahkan pengusaha ikan air tawar untuk menternak ikan di tasik tersebut.

e) Kegiatan Pembinaan.
Hal ini disebabkan ramai pengusaha telah menjalankan kegiatan perlombongan pasir di kawasan pulau pasir. Pulau sungai merupakan salah satu bentuk muka bumi pemendapan sungai yang kaya dengan pasir yang diperlukan oleh sektor pembinaan. Pasir yang membentuk pulau sungai akan dikorek dan dijual kepada pengusaha yang terlibat dengan sektor pembinaan. Contohnya pulau sungai yang boleh dijumpai di bahagian hilir sungai Terengganu berhampiran dengan muara sungai Terengganu.

b) Menghuraikan cara hakisan pantai,
i) Tindakan hidraul.
Berlaku apabila ombak memasuki celah-celah rekahan batuan di pantai sehingga udara yang sedia ada terperangkap di dalam rekahan termampat. Tetapi apabila ombak mengundur semula, udara yang mampat akan mengembang dengan serta merta dan menghasilkan tekanan yang mampu membesarkan rekahan pada batuan di pinggir pantai.

Tindakan di atas berlaku secara berulang-ulang, sehingga rekahan akan menjadi semakin besar dan batuan akan terus pecah.

ii) lelasan (abrasion)
Ombak yang mengandungi puin-puin batuan yang berbagai saiz dan bentuk melelaskan tebing cerun kawasan pinggir pantai dan menghakisnya secara berterusan

iii) Geseran (friction)
Bahan muatan yang diangkut oleh ombak akan berlaga dan bergeser sesama sendiri hingga terpecah menjadi lebih kecil.

iv) Larutan
Kawasan pantai yang terbentuk daripada batu kapur akan menyebabkan berlakunya tindak balas kimia antara air laut dengan kalsium karbanit sehingga melarutkan batuan tersebut.

v) Lagaan
Ombak yang sentiasa bergerak akan membawa beban sentimen yang terdapat di pantai bersama-samanya seperti batu tongkol dan batu kelikir. Batuan tersebut akan berlaga
sesama sendiri sehingga menjadi lebih halus dari saiz asalnya.

c) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi hakisan pantai
i) Ombak
Ombak pembinasa akan menghakis kawasan pantai kerana mempunyai daya lurutan dan damparan yang kuat. Manakala ombak pembina tidak menghakis.

ii) Pantai
Bergantung sama ada pantai terlindung atau tidak. Jika pantai dilindungi oleh teluk atau pulau kadar hakisan akan kurang berbanding dengan pantai yang terdedah dengan tiupan ombak di mana kadar hakisan akan tinggi.

iii) Arus
bergantung kepada penerimaan arus, jika terdapat arus pesisir pantai akan berlaku gangguan kepada ombak yang menghakis pantai. Biasanya arus pesisir pantai akan bertemu dengan ombak yang melanda pantai sehingga menghasilkan damparan ombak berbentuk zig-zig dan menggalakkan berlakunya pemendapan serta mengurangkan kadar hakisan.

iv) Bahan mendak
Jika terdapat banyak bahan mendak seperti batu pasir dan batu kelikir kadar hakisan akan meningkat di mana berlaku geselan terhadap batuan di pinggir pantai semasa ombak melanda pantai.

v) Batuan
Bergantung kpd jenis batuan dan retakan pada batuan. Proses geselan atau tindakan hidraul akan bertindak dengan berkesan kepada batuan yang lembut atau mempunyai retakan sehingga boleh menghasilkan geo, gua, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa di kawasan pinggir pantai yg terbentuk daripada bt kapur

vi) cerun pantai.
Pantai yang curam akan lebih terhakis berbanding dengan pantai yang landai. Hal ini kerana pantai yang landai menyebabkan ombak pecah apabila bergeser dengan pantai dan melemahkan tenaga ombak untuk melakukan hakisan.

 d) Mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses pembentukan muka bumi pinggir pantai :
i) Tebing tinggi
Terhasil apabila cerun di tepi pantai runtuh akibat tindakan hidraul pada rekahan di tebingnya.Terutama apabila ombak menghakis kaki cerun tebing pantai semasa air pasang.
Apabila batuan atau lekukan yang terbentuk runtuh, maka tebing tinggi terbentuk.

ii) Batu bonjol.
Terbentuk apabila proses hakisan menghakis batuan di pinggir pantai sehingga mendedahkan batuan besar dan keras di bahagian bawahnya. Maka terbentuklan batu bonjol di pinggir pantai yang tahan dengan proses hakisan ombak.

iii) Tanjung
Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli. Tanjung akan terbentuk di bahagian batuan keras yang tahan hakisan ombak

iv) Teluk
Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli. Teluk akan terbentuk di bahagian batuan lembut yang mudah dihakisan ombak yang melanda pantai.

Nota tambahan:
 iiv) Geo dan Gloup
iiv) Gua, Gerbang Laut, Batu Tunggu dan Tunggul Sisa.

e) menghuraikan cara pengangkutan bahan pantai,
i) hanyutan pesisir pantai.
Merupakan arus persisir pantai yang bertemu dengan ombak yang datang secara menyerong atau hampir selari dengan pantai yang menghasilkan damparan ombak berbentuk zig- zag dan mengalakkan berlakunya pemendapan beban muatan ke pantai

ii) Golekan.
Bahan kasar dan berat seperti batu tongkol akan digolek sedikit demi sedikit oleh tindakan ombak kerena memerlukan saiznya lebih besar dan berat daripada kekuatan ombak yang melanda.

iii) Seretan
Bahan muatan seperti batu pasir dan kelikir akan diseret oleh ombak semasa melanda pantai. Bergantung pasa saiz bahan jika lebih kecil, lebih mudah untuk diseret ombak di sepanjang pinggir pantai.

f) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan bahan di pinggir pantai
i) tenaga
tenaga ombak yang kuat akan menggalakkan proses pengangkutan berbanding tenaga ombak yang lemah akan melambatkan proses pengangkutan

ii) arus.
arus pesisir pantai yang kuat akan menggalakan proses pengangkutan bahan berbanding dengan arus pesisir yang lemah.

iii) pasang surut
pantai yang terdedah dengan pengaruh pasang surut akan menggalakkan proses pengangkutan berbanding kawasan yang tiada arus pasang surut.

iv) cerun
cerun pantai yang landai lebih mudah untuk mengangkut bahan dan menghimpunkan bahan di bahagian pantai.

vi) halangan
pergerakkan ombak ke pantai dan ke laut akan memperlahankan pengangkutan ombak apabila terdapat halangan seperti beting pasir di pinggir pantai.

vii) orientasi pantai
pantai yang terdedah akan menyebabkan tenaga ombak meningkat dan berupaya untuk menjalankan proses pengangkutan berbanding dengan kawasan yang terlindung.

viii) saiz bahan
Jika bahan kecil dan ringan lebih mudah diangkut berbanding batuan lebih besar yang memerlukan tenaga ombak yang lebih kuat.

ix) jenis bahan
bahan yang dibawa ombak terdiri daripada serpihan dan ketulan batuan seperti kerikil dan batu tongkol lebih sukar diangkut berbanding bahan seperti kelodak dan lumpur.

g) menghuraikan faktor yang mempengaruhi proses pemendapan
i) tenaga ombak
Arus pasang surut membantu memindahkan puin-puin yang terhakis dan menimbunkannya sebagai kelodak pasir dan batu kelikir di sepanjang pantai. Semakin lemah arus semakin banyak bahan muatan yang dimendapkan.

ii) ombak.
Ombak pembina mempunyai damparan yang kuat tetapi lurutan yang lemah, lalu berlaku pemendapan bahan yang banyak di pinggir pantai

iii) kecerunan.
Pantai landai akan mengalami pemendapan yang lebih tinggi berbanding pantai yang curam , berlaku apabila ombak akan mengalami geseran semasa melanda pantai yang landai dan menjadi lemah sehingga boleh memendapkan beban sentimen yang dibawanya.

iv) angin
Angin yang bertiup dalam skala perlahan menyebabkan terbentuk ombak pembina sehingga berlakunya proses pemendapan di pinggir pantai

v) pasang surut
pantai yang tidak dipengaruhi oleh kejadian pasang surut lebih tinggi kadar pemendapannya kerana kekurangan arus yang boleh mengerak dan membawa beban sentimen ke arah laut.

vi) tumbuhan
tumbuhan seperti hutan paya bakau boleh membantu proses pemendapan dengan bantuan akar jangkang yang bertindak memerangkap beban sediman yang dibawa oleh ombak ke pantai.

vii) orientasi pantai
pantai yang terlindung akan mengalami kadar pemendapan yang tinggi kerana halaju angin yang berkurangan bagi membentuk ombak pembinasa.

viii) jenis dan saiz bahan mendak
kawasan pinggir pantai yang banyak terdapat batuan enapan seperti batu pasir yang halus dan ringan akibat daripada tindakan ombak pembina kadar pemendapan akan meningkat.

ix) tindakan manusia
tindakan manusia meneroka pantai dengan kegiatan pembinaan bangunan dan penebangan hutan paya bakau menyebabkan pantai menjadi curam dqn terdedah kepada hakisan menyebabkan proses pemendapan berkurangan

Bentuk muka bumi pemendapan ombak:
i. Beting pasir 

h) Menjelaskan pengaruh bentuk muka bumi hakisan dan pemendapan pantai terhadap aktiviti manusia.

i) Aktiviti pelancongan.
 ii. Anak tanjung Hali ini disebabkan pantai berpasir amat menarik bagi
 iii. Tombolo peloncongan yang mementingkan alam semula jadi. Ini
 iv. Pantai ditambahkan lagi dengan kewujudan bentuk muka bumi
 v. Pulau yang unik dan menarik di kawasan tersebut.Pantai yang
 vi. Lagun berpasir dan lagun yang memiliki air yang jernih dapat menarik kedatangan pelancong ke tempat tersebut.

ii) Aktiviti perikanan.
Hal ini disebabkan aktiviti perikanan dapat meningkatkan pendapatan golongan nelayan, terutama ternakan ikan dalam sangkar dijalankan di kawasan pinggir pantai. Kawasan lagun amat sesuai dijadikan kawasan ternakan ikan dan hidupan laut yang lain. Ini disebabkan kawasan tersebut
bebas daripada tindakan ombak yang boleh membinasakan lokasi ternakan ikan.

iii) Aktiviti perlombongan pasir.
Hal ini disebabkan perlombongan pasir begitu penting untuk kemajuan dan kepesatan pembangunan sesuatu kawasan. Pantai berpasir merupakan bentuk muak bumi yang sering dikaitkan dengan aktiviti perlombongan.Pasir merupakan salah satu komposisi dalam membuat konkrit bagi bahan binaan bangunan.Oleh itu, dengan adanya pasir dilombong akan mendatangkan pulangan yang lumayan kepada industri perlombongan dan pembinaan di Malaysia

iv) Aktiviti PKS/ IKS.
Hali ini disebabkan laut dan lautan kaya dengan hasil ikan dan hidupan yang lain. Ikan yang ditangkap oleh kaum nelayan boleh dijadikan ikan masin. Untuk menjadikan ikan masin memerlukan proses penjemuran cahaya matahari. Pantai berpasir yang luas dan rata amat sesuai dijadikan kawasan menjemur ikan masin.



Comments

Popular Posts