Skip to main content

Featured

944/2 EKONOMI KONSEP

BAB 2 : PERAKUNAN PENDAPATAN NEGARA PENDAPATAN NEGARA -Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik sesebuah negara dalam tempoh setahun. KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) Jumlah nilai barang akhir dan prekhidmatan yang dikeluarkan di dalam sesbuah negara oleh faktor pengeluaran milik negara atau milik negara asing dalam setahun KELUARAN NEGARA KASAR (KNK) -Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara berada dalam negara dan diluar negara PENDAPATAN FAKTOR BERSIH DARI LUAR NEGARA (PFBLN) -Perbezaan antara nilai penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negara dengan nilai pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara KELUARAN NEGARA BERSIH(KNB) -Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik negara setelah ditolak susut nilai. KNK NOMINAL -Jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dihitung berdasarkan tingkat harga tahun sem

942/1 GEOGRAFI KONSEP A/B

942/1 GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL ( BAHAGIAN A)

KONSEP
(A)SISTEM
-Sistem bermaksud satu set angkubah yang tersusun, saling bertindakbalas dan saling bergantung untuk membentuk satu sistem alam sekitar fizikal. Misalnya sistem sungai , angkubahnya ialah air sungai, lurah sungai, batuan dan hidupan.

1)SISTEM TERPENCIL 
– Sistem yang tidak membenarkan tenaga atau jisim keluar atau masuk ke dalam sistem tersebut.

2)SISTEM TERTUTUP 
– Sistem yang tidak membenarkan jisim keluar tetapi membenarkan tenaga keluar atau masuk ke dalam sistem ini. Contohnya sistem bumi di mana tenaga matahari boleh masuk ke dalamnya dan bumi boleh membebaskan kembali haba tersebut. 

3)SISTEM TERBUKA
–Sistem yang membolehkan pertukaran tenaga dan jisim. Sistem ini mempunyai sempadan terbuka yang membolehkan tenaga dan bahan keluar atau masuk ke dalam sistem tersebut. Contohnya sistem hutan atau sistem tasik.

SISTEM MORFOLOGI
 – Sistem yang mengandungi elemen fizikal yang tersusun dan saling bertindak balas . Misalnya sistem tindak balas dalam sebuah lembangan saliran.

SISTEM LATA
- Sistem yang angkubah-angkubahnya berinteraksi secara sehala. Interaksinya membentuk rangkaian urutan input (bahan yang masuk),storan (bahan tersebut melalui proses fizikal tertentu) dan output ( hasil daripada proses fizikal tersebut).

SISTEM PROSES TIDAK BALAS
 – Sistem ini wujud dengan gabungan interaksi antara elemen fizikal dalam sistem lata dan sistem morfologi.

SISTEM SURIA
- Sistem suria dalam Galaksi Bima Sakti, dan sistem bumi sebagai satu planet yang memperoleh tenaga dari matahari.
- Sistem suria bermaksud matahari dan Sembilan planet yang berputar di atas paksi masing-masing sambil beredar mengelilingi matahari.

TENAGA
 -Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan sesuatu proses atau kerja.Dalam alam sekitar fizikal tenaga ialah keupayaan untuk melakukan sesuatu proses seperti proses sejatan, proses luluhawa, proses pembentukan batuan dan seumpamanya.

ENDOGENIK
-Merujuk kepada tenaga yang berasal dari dalam bumi terhasil daripada tekanan dan arus perolakan magma di mantel yang menyebabkan gangguan tektonik di kerak dan permukaan bumi.

EKSOGENIK
-Merujuk kepada tenaga yang berasal dari luar bumi terhasil daripada tenaga haba, keupayaan dengan tenaga kinetik

LIPATAN KERAK BUMI
-Lipatan merujuk kepada proses kedutan/ lenturan/bentuk yang muka bumi akibat proses mampatan/himpitan pada kerak bumi (yang terhasil daripada arus perolakan di lapisan mantel) dari dua arah yang bertembung ke atas kerak bumi.

GELINCIRAN
-Gelinciran merujuk kepada retakan dan rekahan pada kerak bumi atau plat tektonik akibat daya mampatan atau ketegangan pada kerak bumi yang terhasil akibat pergerakan arus perolakan dalam dalam lapisan mantel. Daya mampatan dan ketegangan ini menyebabkan berlakunya anjakan pada lapisan kerak bumi atau plat tektonik sama ada secara mendatar, menegak, dan menggelongsor.

GUNUNG BERAPI
-Proses keluarnya lava, gas dan bahan piroklas lain yang melalui rekahan atau lohong di kerak bumi.
Suhu yang panas di bawah lapisan kerak bumi menyebabkan batuan menjadi cair dan dikenali sebagai magma. Tekanan yang tinggi dan ketumpatan yang rendah memaksa magma naik ke atas dan meletus keluar sebagai lava.

HANYUTAN BENUA
-Satu teori/andaian yang menyatakan bahawa benua- benua di dunia sekarang berasal dari satu benua daratan, telah dan masih berpisah di antara satu sama lain.

LULUHAWA FIZIKAL (MEKANIKAL)
-Luluhawa fizikal ialah proses penguraian/pereputan dan pemecahan batuan menjadi lebih kecil/halus secara fizikal tanpa menyebabkan perubahan kandungan kimia batuan. Berlaku secara insitu oleh agen luluhawa.

LULUHAWA KIMIA
-Proses luluhawa kimia ialah proses pereputan, penguraian dan pemecahan batuan secara insitu yang menyebabkan perubahan secara kandungan kimia dan saiz batuan.

LULUHAWA BIOTIK BIOLOGI
-Luluhawa biologi ialah proses penguraian dan pemecahan batuan secara insitu oleh tindakan tumbuhan, haiwan ataupun manusia. Proses penyepaian batuan boleh berlaku secara kimia ataupun secara fizikal.

PERGERAKAN JISIM
-Pergerakan jisim ialah pergerakan bahan atau jisim di atas permukaan tanah bercerun ke bawah cerun akibat darpipada tarikan graviti.

LEMBANGAN SALIRAN
-Meliputi kawasan tadahan air yang disaliri oleh satu sistem sungai, di mana mempunyai rangkaian alur sungai iaitu terdiri daripada sungai induk dan cawangan- cawangannya yang berakhir di laut atau tasik

PINGGIR PANTAI
-Merujuk kepada kawasan di antara takat air pasang paling tinggi dengan takat aras surut paling rendah.

PANTAI SEIMBANG 
-Merujuk kepada keadaan di mana berlaku kadar hakisan dan kadar pemendapan hampir sama di kawasan pantai tersebut.

BIDANG GEOMORFOLOGI
Bidang sains yang berkaitan dengan kajian evolusi bentuk muka bumi atau pandang darat fizikal dan hubungannya dengan struktur batuan dan proses yang mewujudkannya.

GEOMORFOLOGI
Proses perkembangan pembentukan bentuk muka bumi melalui proses-proses semulajadi seperti luluhawa, gerakan jisim hakisan,pengangkutan dan pemendapan yang mengubah, mengukir dan membentuk bentuk muka bumi. (Huggett. 2007).
942/1 GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA ( BAHAGIAN B)

TABURAN PENDUDUK
-Corak agihan penduduk di atas muka bumi yang tidak sekata iaitu jarang, sederhana dan padat penduduk.

PERTUMBUHAN PENDUDUK
-Proses perubahan penduduk iaitu peratu perubahan penduduk tahunan sesebuah negara berdasarkan kadar kelahiran, kematian dan migrasi.

PROSES PENUAAN
-Proses peningkatan jangka hayat penduduk yang berusia 65 tahun ke atas.

SUMBER ALAM
-Sumber asli yang terdapat dalam alam sekitar fizikal yang harus di hargai dan bermanfaat bagi manusia.

TRANSFORMASI DESA
-Perubahan sosioekonomi desa mlalui pemodenan guna tanah, kemudahan asas, pengangkutan, komunikasi, kegiatan ekonomi, pendidikan dan kesihatan.

DAYA TAMPUNG SUMBER ALAM
Keupayaan sumber alam untuk menampung keperluan penduduk dalam jangka masa tertentu.


Comments

Popular Posts